Lemas Dipercayai Punca 11 Ekor Lembu Jantan Baka Brahman Siam Mati

Lemas Dipercayai Punca 11 Ekor Lembu Jantan Baka Brahman Siam Mati

KUALA TERENGGANU: Lemas dipercayai antara punca kematian 11 ekor lembu jantan baka Brahman Siam dewasa yang ditemui mati di Kampung Sungai Lekar, Kuala Nerus baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan lembu berkenaan diseludup dari negara jiran.



“Lembu itu yang disyaki oleh Jabatan Veterinar sebagai lembu yang diseludup dengan makna lembu yang masuk secara haram.

“Sebab itu apabila lembu itu mati, tidak ada laporan daripada penternak tentang kejadian itu dan dibuang begitu sahaja.

“Tidak ada orang nak bertanggungjawab kerana mereka sendiri pun sudah melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang dari segi penyeludupan,” katanya.



Terdahulu media melaporkan bangkai 11 lembu dalam keadaan berulat ditemukan di sebuah kawasan terbiar di Kampung Sungai Lekar di Kuala Nerus dipercayai dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bangkai tersebut telah dilupuskan di lokasi yang sama dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) cawangan Kuala Nerus.

Susulan kejadian itu Azman berkata satu kertas siasatan juga telah dibuka untuk siasatan lanjut.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) kerana dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan sehingga menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada lembu.AA



Lemas Dipercayai Punca 11 Ekor Lembu Jantan Baka Brahman Siam Mati

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker