Santhara Kumar Masuk PBM? ‘Saya Tidak Tahu, Saya Tidak Jumpa Dia Lagi’- Zuraida

Santhara Kumar Masuk PBM? ‘Saya Tidak Tahu, Saya Tidak Jumpa Dia Lagi’- Zuraida

Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak mengetahui berhubung ‘percaturan’ politik Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Santhara Kumar, yang dilapor menghantar surat kepada kepimpinan Parti Pribumi Bersatua Malaysia (Bersatu) pada Jumaat.

Presiden pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, beliau juga setakat ini belum mengadakan sebarang pertemuan atau menghubungi Santhara yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya.

Ditanya sama ada beliau menghubungi Santhara, Zuraida hanya berkata: “Belum apa-apa lagi,”.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi walkabout menjelang persiapan Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan Santhara didakwa menyerahkan surat untuk keluar parti kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun memetik Sinar Harian, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, laporan mendakwa Santhara sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada parti adalah tidak benar.

Sebaliknya, Wan Saiful berkata isi kandungan surat yang dikemukakan Santhara didakwa hanya menyentuh mengenai hasrat beliau yang mahu melepaskan jawatan sebagai Ketua Sayap Bersekutu.

Tambah beliau, permintaan Santhara akan dipertimbangkan oleh pimpinan atasan parti dengan sebaiknya.

Santhara antara 10 Ahli Parlimen yang mengikut jejak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk keluar PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020.

Beliau kemudian berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.-AA

Santhara Kumar Masuk PBM? ‘Saya Tidak Tahu, Saya Tidak Jumpa Dia Lagi’- Zuraida

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker