Rauf bidas ADUN DAP

Rauf bidas ADUN DAP

AYER KEROH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini ‘panas’ selepas wakil pembangkang cuba mengaitkan campur tangan orang kedua dalam pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) membangkitkan isu itu pada soalan tambahan mengenai cabaran kerajaan negeri dari segi faktor dalaman membabitkan persepsi rasuah, ketidakstabilan kerajaan dan ketidakstabilan kedudukan ketua menteri, bagi menarik lebih banyak pelaburan asing ke Melaka.



Soalan itu membuat EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh membidas kenyataan pemimpin DAP itu.

“Kami yang terdiri daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan ini tidak pernah pun berada dalam keadaan tidak sehaluan dengan Ketua Menteri. Kami sedang merancang sebaik mungkin, terutama membabitkan 10 ahli EXCO negeri untuk memajukan negeri.

“Soal dalaman yang sering diwar-warkan terutama dalam media sosial, sama ada secara langsung atau tidak langsung yang dilihat cemburu atas kejayaan kami, dapat menambat hati rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu,” katanya.

Jawapan itu tidak memuaskan hati Chee Yee, yang kemudiannya bangun dan menyatakan khuatir apa yang dinyatakan Ab Rauf itu bukan fakta, serta terdapat usaha untuk menjatuhkan Sulaiman sebagai Ketua Menteri.



Speaker DUN, Datuk Wira Ibrahim Durum kemudiannya mencelah dan berkata, apabila soalan dan pertanyaan umum, dilema dalaman yang menjawab boleh menjawab selengkapnya.

“Pihak yang menjawab soalan itu boleh jawab ‘A to Z’, Itu yang saya katakan, pertanyaan tambahan harus spesifik. Jadi YB, sila duduk. Masa dah habis,” katanya.

Ab Rauf (BN-Tanjung Bidara) bangun semula untuk menjawab soalan tambahan yang dikemuka Chee Yee itu.

“Pada sudut pentadbiran, saya sudah katakan bahawa kami yang mengurus tadbir negeri bersepakat untuk memajukan Melaka di bawah pentadbiran Datuk Seri Sulaiman, selaku Keua Menteri Melaka.



“Kakitangan kerajaan negeri turut memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kami untuk menyokong kepemimpinan Sulaiman. Jadi, kita tidak nampak berlakunya isu dalaman seperti yang didakwa.

“Itu sebabnya saya tidak melihat isu dalaman ini sebagai satu isu yang sangat besar. Cuma apa yang saya perhatikan, dalam isu ini adalah kumpulan yang tidak suka dengan kemenangan BN pada PRN lalu.

“Saya tegaskan, prestasi kerajaan yang ada hari ini dengan nilai pelaburan sebanyak RM2.2 bilion dalam tempoh empat bulan, sekali gus menunjukkan kedatangan pelabur ke Melaka disebabkan kestabilan pentadbiran yang terbaik di bawah Ketua Menteri Melaka,” katanya. BH

Rauf bidas ADUN DAP




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman



Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker