Pemandu BMW rentung dalam nahas babit 4 kenderaan

Pemandu BMW rentung dalam nahas babit 4 kenderaan

Seorang rentung dalam nahas membabitkan empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang Menghala Ke Bakar Batu, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Suhaimi Jamal berkata, kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu BMW, Perodua Myvi dan Honda City serta sebuah van pekerja kilang Nissan.



Katanya, mangsa yang belum dikenal pasti identiti rentung 90% ditemui tersepit di bahagian pemandu kereta BMW.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan kekuatan 13 anggota di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran membabitkan kereta BMW terbakar 90%, van pekerja kilang Nissan terbakar 90%, Perodua Myvi terbakar 60% manakala Honda City tidak terbakar akibat kemalangan itu.

“PKO memadam kebakaran dengan dua aliran salur bantu mula dan air tangki pam jentera, sebelum mengeluarkan mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya menurut Berita Harian.

Suhaimi berkata, pemandu Honda City dan Perodua Myvi masing-masing lelaki berusia 34 dan 52 tahun selamat. FMT



Pemandu BMW rentung dalam nahas babit 4 kenderaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman



Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Ramai Ahli Parlimen Bersatu akan melompat lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker