Maritim Perak Berjaya Temui Bot Nelayan Tempatan Hilang
Maritim Perak Berjaya Temui Bot Nelayan Tempatan Hilang
LUMUT: Gara-gara mengemudikan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas C tanpa kebenaran pemiliknya, seorang warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada kedudukan 6 batu nautika barat Pulau Jarak pada Sabtu.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, aduan awal kehilangan bot itu diterima pada Jumaat lalu, kira-kira jam 8 malam, di Selatan Pulau Jarak.
“Dengan bantuan pengesanan Automatic Identification System (AIS) yang dipasang di bot berpangkalan di Jeti Hutan Melintang, Perak, posisi terakhirnya berjaya dikesan oleh SWASLA Lumut iaitu berada di sekitar Selatan Pulau Jarak pada jam 10.50 pagi.
“Sejurus menerima maklumat berkenaan, KM Nyalau berjaya memintas bot berkenaan dan melakukan pemeriksaan serta penggeledahan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Hambali berkata, ketika ditahan, pasukan penggeledah mendapati terdapat seorang kru warga Thailand berumur 51 tahun sedang mengemudikan bot berkenaan.
Katanya lagi, kru tersebut juga didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Selain itu, kru terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/, Seksyen 6 (1) (C) kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta 574, Seksyen 379 A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.
“Kru dan bot ditahan dan diiringi ke jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kampung Acheh untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya lagi.
Justeru, katanya, Maritim Perak menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan dan anggota, terutamanya komuniti nelayan dalam usaha menjejaki BNT sehingga berjaya ditemukan dan ditahan.AA
Maritim Perak Berjaya Temui Bot Nelayan Tempatan Hilang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
You must be logged in to post a comment.