Projek kritikal akan diteruskan – Tengku Zafrul

Projek kritikal akan diteruskan – Tengku Zafrul

Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek yang kritikal untuk ekonomi dan rakyat, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, walaupun sebelum ini seorang menteri ekonomi mengumumkan Putrajaya menangguhkan atau tidak meneruskan projek yang belum bermula.

“Setakat ini, tiada projek yang ditangguhkan atau dibatalkan dan kementerian masih dalam proses mengenalpasti penjimatan selaras dengan PB 3.1 (Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam).



“Jika sesuatu projek ditangguhkan pelaksanaan, namun kerja awalan termasuk penyediaan reka bentuk, pengambilalihan tanah dan perancangan perolehan masih akan diteruskan,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Beliau menegaskan perkara itu susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed pada 18 Jul lalu berkata kerajaan mengambil langkah menangguhkan atau tidak meneruskan mana-mana projek yang belum bermula sebagai langkah penjimatan perbelanjaan awam bagi membolehkan dana disalurkan untuk kesejahteraan rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara.

Katanya, langkah itu sebagai menyahut arahan dikeluarkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bertajuk “Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam”.

Zafrul menjawab pertanyaan Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai senarai projek yang ditangguhkan atau dibatalkan dan jumlah yang disalurkan bagi memberi subsidi kepada golongan sasar.



Projek kritikal akan diteruskan – Tengku Zafrul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker