Nenek galas tugas jaga empat cucu yatim piatu
Nenek galas tugas jaga empat cucu yatim piatu
HULU TERENGGANU: Seorang nenek berusia 73 tahun mengambil tanggungjawab menjaga empat cucu yatim piatu selagi mempunyai kudrat.
Ramlah Hasan dari Kampung Betong di sini tidak pernah mengeluh memikul tugas berat sebagai ‘ibu bapa’ buat cucu-cucunya iaitu Wan Rizqi Aidam Firdaus, 2, Wan Syaza Aliya, 8, Wan Syaza Qistina,12, dan Wan Asrul Afzan,15.
Menurut Ramlah, menantunya, Mazalina Mohd. Baru meninggal dunia akibat sakit jantung lebih dua tahun lalu, sebelum diikuti anaknya, Wan Saifulnizam Wan Satar pada awal bulan ini disebabkan lelah.
“Sebelum ini mereka sekeluarga tinggal berasingan di kampung ini, namun selepas menantu meninggal dunia, anak saya pulang tinggal bersama di rumah ini. Setelah kehilangan ibu, cucu-cucu saya kini hilang tempat bergantung apabila ayah mereka pula pergi buat selamanya.
“Walaupun saya sendiri sering sakit disebabkan faktor usia tetapi tidak akan sesekali serahkan semua cucu-cucu saya kepada sesiapa atau pisahkan adik-beradik ini. Empat cucu ini adalah amanat, tanggungjawab saya jaga serta curahkan kasih sayang untuk mereka.
“Syukur, anak-anak saya yang lain juga banyak membantu menguruskan cucu-cucu saya ini. Saya juga sudah melengkapkan proses bagi memohon bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Betong di sini, semalam.
Sementara itu, Wan Asrul Afzan berkata, sebagai anak sulung, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan dan menjaga adik-adiknya dengan baik.
Orang ramai yang ingin hulurkan sumbangan boleh hubungi Wan Asrul Afzan di talian 014-2843363 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1150029000179129 atas nama Ramlah Hasan. Utusan
Nenek galas tugas jaga empat cucu yatim piatu
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi
You must be logged in to post a comment.