Hilang selepas pergi kerja sejak Jumaat lepas
Hilang selepas pergi kerja sejak Jumaat lepas
IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar bapanya ke tempat kerja di sebuah kilang pengeluar barangan berasaskan getah di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor, sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan, berkata kehilangan Norshahira Razali telah dilaporkan oleh bapanya pada Sabtu lalu di Balai Polis Kanthan Baru.
Katanya, gadis tersebut tinggal bersama keluarga di Taman Lintang, Sungai Siput.
“Remaja berkenaan telah dihantar ke tempat kerja oleh bapanya sekitar 7.30 pagi dan dikatakan telah keluar dari kilang berkenaan kira-kira 10 minit kemudian dan sehingga kini, masih gagal dikesan,” katanya, semalam.
Yahaya berkata gadis itu, berketinggian kira-kira 152 sentimeter (cm), berkulit cerah dan berbadan kurus, kali terakhir dilihat memakai baju kerja kilangnya berwarna putih.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Khantan Baru, Mohd Nazari Abdul Rahman di talian 05-2012422 bagi membantu siasatan. FMT
Hilang selepas pergi kerja sejak Jumaat lepas
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi
You must be logged in to post a comment.