Dua pegawai kanan Mara dituduh hari ini

Dua pegawai kanan Mara dituduh hari ini

Dua pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan didakwa di mahkamah hari ini.

Pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8.30 pagi.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai bentuk pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Pada Februari lalu, SPRM memulakan siasatan berhubung dakwaan berlaku salah guna kuasa dan salah urus membabitkan beberapa pegawai kanan Mara selepas dokumen berkait dakwaan itu tular di media sosial.

Siasatan dimulakan dengan sesi merakam keterangan beberapa pegawai Mara Corporation (MARA Corp), yang kemudian membawa kepada serbuan sekurang-kurangnya tiga pejabat berkaitan Mara di ibu negara.

SPRM turut mengambil beberapa dokumen untuk membantu siasatan.

Pada 11 Februari lalu, lima pegawai kanan Mara diambil keterangan berkaitan dakwaan penyalahgunaan kuasa itu, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan bagi mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

Sebelum itu, seorang pemilik akaun Twitter mendedahkan isu salah guna kuasa dan salah urus Mara Corp termasuk melampirkan enam halaman surat berhubung integriti pegawai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu.

Lima pegawai yang dikaitkan dakwaan terbabit turut membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur secara berasingan, menafikan terbabit dengan dakwaan itu.

Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki dilapor pada 14 Jun lalu, bahawa pihaknya sudah mencadangkan beberapa nama kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertuduhan. HM

Dua pegawai kanan Mara dituduh hari ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker