T20 bakal dikenakan surcaj tarif elektrik – Takiyuddin
T20 bakal dikenakan surcaj tarif elektrik – Takiyuddin
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri mengenai pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar untuk tempoh kitaran Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang akan datang.
Menteri berkenaan Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, selain itu KeTSA merancang mengutamakan penggunaan bahan api paling murah untuk penjanaan elektrik yang merupakan antara pelan mitigasi jangka panjang bagi mengatasi krisis tenaga global dan kos ICPT yang dijangka meningkat.
“Sekarang ini semua sama (golongan) M40 pun (menerima rebat) dua sen setiap kilowatt per jam (kWj), B40 dua sen dan T20 pun dua sen, semua menikmati rebat dua sen ini dalam bekalan elektrik negara kita.
“Tapi masa akan datang mungkin diperlukan bersasar, mungkin T20 akan dikenakan surcaj atau ICPT ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai langkah kementerian untuk melindungi rakyat yang berhadapan dengan krisis tenaga global sehingga menyebabkan peningkatan kos harga bahan api.
Pada 24 Jun lepas, kerajaan bersetuju untuk menampung subsidi elektrik berjumlah RM5.8 bilion bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022 meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api di pasaran global sebagai langkah mitigasi jangka pendek berdepan krisis tenaga global.
Takiyuddin berkata, kementerian berkenaan turut menyediakan Pelan Pembangunan Penjanaan jangka masa panjang yang menetapkan hala tuju bagi perancangan pembekalan elektrik negara.
Katanya perkara itu termasuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api import seperti arang batu secara berperingkat sekali gus kementerian itu menetapkan sasaran 31 peratus campuran tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2025 dan 40 peratus pada tahun 2035.
Selain itu, beliau berkata bagi menggalakkan amalan berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencetak jumlah subsidi yang diberikan kerajaan pada bil elektrik pengguna bermula bulan ini. MG
T20 bakal dikenakan surcaj tarif elektrik – Takiyuddin
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi