Siapa mahu labur jika Mahathir asyik ratib negara bankrap – Najib

Siapa mahu labur jika Mahathir asyik ratib negara bankrap – Najib

Tidak ada sesiapa mahu datang melabur sekiranya bekas perdana menterinya setiap masa meratib negara sudah bankrap.

Kenyataan keras tersebut dilemparkan Datuk Seri Najib Razak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga menjawat jawatan perddana menteri sebanyak dua kali.

“Mahathir pula berulang meratib negara sudah bankrap bawah Najib.

Entahlah pelabur mana yang mahu labur dalam negara sekiranya perdana menteri sendiri selalu ratib negara sudah bankrap. Dah kata bankrap, masih mahu labur ke?” soal Najib sinis.

Najib bagaimanapun mempersoalkan tuduhan negara telah bankrap di bawah kepimpinannya.

Ini kerana ketika kerajaan Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hutang negara adalah sebanyak RM686.8 bilion.

Manakala nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2018 adalah 48.7 peratus.

Bagaimanapun hutang tersebut naik kepada RM1.08 trilion ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri-7 selepas PRU-14 dan nisbah hutang kepada KDNK pula naik kepada 62 peratus.

“Petronas dijarah RM80 bilion manakala RM30 bilion aset bersih Khazanah Nasional Nasional lesap ketika PH memerintah. Lalu Tun M pula yang pernah mengaku rizab kekayaan negara adalah sebanyak RM2 trilion. Ya. RM2 trilion. Dinaikkan RM1.2 trilion dari RM800 bilion dalam tempoh saya PM.

“Jika Tun tak bersetuju, sila nyatakan berapakah kekayaan negara pada tahun 2008 sebelum saya jadi PM sekiranya kekayaan negara melebihi RM2 trilion pada tahun 2020?” soal Najib.

Dr. Mahathir dalam kenyataan hari ini menggesa Najib tidak menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan kedudukan ekonomi Malaysia yang ketinggalan berbanding negara jiran.

Najib Razak membuat sindiran berkenaan selepas Mahathir menyatakan projek HSR Kuala Lumpur ke Singapura tidak diperlukan kerana jaraknya terlalu pendek iaitu sepanjang 350 kilometer (KM).

Menurut Najib, jarak landasan projek HSR di Indonesia dan Thailand yang kini dalam pembinaan adalah lebih pendek berbanding Malaysia iaitu masing-masing 142km dan 253km.

“HSR pertama Malaysia dari Kuala Lumpur ke Singapura yang ditangguh oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan dibatalkan Kerajaan Perikatan Nasional jarak 350km.

“Nasib baik Tun M bukan PM di Indonesia dan Thailand sebab tak adalah negara-negara jiran tersebut buat projek HSR sebab jaraknya lagi pendek berbanding HSR KL-Singapura.

“Lagipun, Tun M macam tidak faham bahawa sektor KL-Singapura merupakan sektor penerbangan antara paling sibuk dalam dunia. Permintaannya tinggi dan HSR KL-Singapura bakal menguntungkan,” kata Najib.

Najib menjelaskan, projek tersebut akan memajukan pembangunan negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia yang dilalui landasan HSR dengan pulangan ekonomi melebihi RM500 bilion.

Perkhidmatan tren itu juga akan mengurangkan pencemaran udara, menyediakan tambang yang lebih murah dan menyenangkan rakyat.

Projek tersebut akan memajukan lagi sektor pelancongan kerana Singapura merupakan hab penerbangan antarabangsa yang dikujungi ramai pelancong.

“Tapi malangnya Tun M tak faham benda macam ini. Dia lebih gemar buat kereta nasional ketiga dan projek kereta terbang.

“Sebab itu, keretapi laju tidak diperlukan. Rakyat boleh terbang ke sini ke sana dengan memandu kereta terbang,” sindir Najib.

Dr. Mahathir dalam kenyataan hari ini berkata, HSR hanya menjimatkan masa jika ia menempuh jarak yang jauh dan untuk jarak pendek masa yang dijimatkan adalah tidak penting. MG

Siapa mahu labur jika Mahathir asyik ratib negara bankrap – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker