Mesej tersirat Mizz Nina undang tanda tanya netizen

 

Perkongsian Mizz Nina dalam media sosialnya menjadi tanda tanya ramai.

“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah”.

Demikian perkongsian penuh tersirat penyanyi Mizz Nina dalam media sosial seakan-akan memberi bayangan dirinya kini sedang melalui saat-saat sukar sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah”.

“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.

“Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan. Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.

“Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan,” tulisnya panjang lebar.

Penuh dengan makna tersirat dan menjadi tanda tanya pengikut, pelantun lagu What You Waiting For itu dilihat turut menyerahkan segala ketentuan takdir kepada Maha Pencipta.

“Sesungguhnya, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah disebaliknya atau tidak.

“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui,” luahnya lagi.

Terdahulu, timbul dakwaan mengenai keretakan rumah tangga Mizz Nina dan suaminya Noh Salleh yang kini sedang dihimpit masalah.

Noh baru-baru ini menerusi satu kenyataannya turut menafikan perkara berkenaan dan menegaskan bahawa dakwaan tersebut sebagai berita palsu.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata, pada Mac lalu, pasangan itu mengumumkan kehadiran anak angkat lelaki mereka yang diberi nama Musa.

Menurusi hantaran dalam Instagram, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman menyifatkan Musa adalah berstatus mahram kepadanya dan sudah tiga bulan hadir dalam keluarga kecil mereka. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker