Kantoi curi hasil kebun getah, lelaki dibelasah
Kantoi curi hasil kebun getah, lelaki dibelasah
Padang Terap: Berang dengan tindakan seorang lelaki yang dipercayai mencuri hasil kebun getah di daerah ini, orang awam bertindak membelasahnya sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.
Kejadian itu tular di media sosial hari ini dengan dua video memaparkan lelaki itu dibelasah dan motornya dibakar.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, video itu dikesan hari ini pada jam 2.26 petang.
Susulan itu, katanya siasatan dibuat dan mendapati kejadian berlaku pada 18 Julai lalu sekitar jam 8.10 malam di tepi jalan Kampung Nai Teh, di sini.
Menurutnya, terdapat laporan polis dibuat berhubung kejadian mencuri itu.
“Kita membuat tangkapan selepas orang awam menyerahkan suspek yang disyaki mencuri hasil getah itu.
“Suspek dalam keadaan cedera di beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mulkiaman berkata suspek kemudian dihantar ke Hospital Kuala Nerang (HKN) untuk pemeriksaan.
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan dua laporan polis turut diterima berkaitan dengan kes yang ditularkan.
“Dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan khianat dengan api serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
“Saya menasihatkan kepada masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan dan menyebarkannya kerana terbabit masih dalam siasatan,” katanya.
Terdahulu, dua video masing-masing berdurasi 30 saat itu tular di laman sosial yang menunjukkan seorang lelaki dibelasah beberapa individu yang berang selepas mengesyaki lelaki berkenaan mencuri getah beku di kampung berkenaan.
Suspek yang mengalami luka di muka dilihat merayu sambil dibelasah individu terbabit.
Dalam video kedua pula, sebuah motosikal dipercayai milik suspek itu terbakar di lokasi kejadian malah melalui video itu terdengar suara individu terbabit memarahi suspek. HM
Kantoi curi hasil kebun getah, lelaki dibelasah
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi