Hina agama: Mufti P. Pinang mahu undang – undang diperketatkan, Mufti Pahang, Johor kata memadai

 

Beberapa mufti berbeza pandangan berhubung cadangan memperketatkan dan menyemak semula undang-undang sedia ada bagi membendung individu atau pihak tidak bertanggungjawab mengulangi perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman berpendapat, ini kerana undang-undang sedia ada sudah cukup untuk pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang terlibat.

“Sebenarnya undang-undang (membendung perbuatan itu) sudah banyak. Saya ingat undang-undang sedia ada sudah cukup,” katanya kepada Malaysiakini.

Abdul Rahman berkata demikian mengulas cadangan Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd baru-baru ini agar undang-undang sedia ada disemak dan diperketat supaya dapat membendung individu atau pihak tidak bertanggungjawab mengulangi perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Dr Wan Salim membuat saranan itu susulan video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad dengan pelbagai kata-kata kesat.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata apa yang paling penting ketika ini adalah langkah penguatkuasaan yang lebih tegas daripada pihak berkuasa di kesemua 14 negeri terhadap individu yang menghina peribadi Nabi Muhammad dan agama Islam.

“Apa yang penting sekarang adalah penguatkuasaan. Maknanya, (pihak berkuasa) kena lebih tegas dan apabila (kesalahan) dibaca oleh satu-satu negeri di seluruh Malaysia beerti ia berlaku di semua negeri.

“Bermakna semua negeri boleh mengambil tindakan yang sama untuk penguatkuasaan,” tegasnya.

Pandangan yang sama dikemukakan Mufti Johor, Yahya Ahmad yang berpendapat penguatkuasaan yang tegas dapat menimbulkan kegentaran awam dan mengekang perbuatan tersebut.berulang.

“Saya sependapat dengan mufti Pahang bahawa undang-undang yang ada ini memang sepatutnya dikuatkuasakan dengan lebih berkesan lagi dan melibatkan semua pihak,” katanya kepada Malaysiakini.

Dalam masa yang sama Yahya berpandangan tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat harus menjadi langkah terakhir selepas pendekatan cara berhemah diambil.

“Isu (hina agama) ini perlu dilihat kes demi kes. Maksudnya dengan melihat suasana yang berlaku itu adakah kerana masalah mental? Jika ia melibatkan masalah mental maka ia perlu ditangani dengan cara rawatan psikiatri.

“Atau pun mungkin melibatkan masalah kekeluargaan, perpecahan dalam keluarga, masalah ekonomi akibat hilang pekerjaan, mengalami bebanan hutang dan sebagainya dengan berbagai masalah yang timbul ketika ini.

“Perkara itu perlu diambil perhatian sebelum tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka yang berkenaan,” katanya.

Tegas Yahya jika ia jelas bertujuan mencetuskan provokasi seperti cubaan memecah belahkan umat Islam dan menghina agama maka tindakan sewajarnya perlu diambil.

Pun begitu katanya, pendekatan memberi kefahaman dan pendidikan juga perlu dilaksanakan bagi menunjukkan keindahan agama Islam itu sendiri.

Pada 13 Julai lalu, seorang wanita yang videonya tular kerana menghina Islam dalam satu acara komedi didakwa di mahkamah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, manakala teman lelakinya dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Pada 18 Julai, seorang lelaki berusia 39 tahun dan bekerja sebagai penghantar makanan ditahan bersabit video yang memaparkan tindakannya menghina umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Semalam seorang lagi lelaki berusia 35 tahun ditahan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Kelantan kira-kira jam 11.30 pagi selepas mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad.

Hari ini, seorang lagi lelaki berusia 59 tahun yang juga penganggur direman selama empat hari kerana disyaki menghina agama Islam melalui satu rakaman audio yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker