Apa pilihan Rafizi ada selain serang Najib untuk popular – Shamsul Anuar

Apa pilihan Rafizi ada selain serang Najib untuk popular – Shamsul Anuar

Rafizi Ramli didakwa melakukan serangan ke atas Datuk Seri Najib Razak dengan harapan akan dikenali dan popular semula.

Serangan ke atas Najib adalah pilihan yang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ada.

Ia termasuklah membuat laporan polis di seluruh negara terhadap bekas Perdana Menteri itu, dakwa Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

”Siapa Rafizi Ramli ? Dikenali sebagai Pakar Fomula PKR. Namun semua formula yang dikemukakannya ‘kelaut’.

”Kini muncul kembali. Mudah sahaja untuk dianalisa. Beliau mahu kembali dikenali dan mengharap popular semula.

”Apa cara dan pilihan yang beliau ada? Serang Najib Razak. Kerana itu beliau menyerang termasuklah membuat laporan Polis seluruh negara terhadap Najib Razak,” katanya.

Ahli Parlimen Lenggong itu percaya, rakyat sekarang bijak menilai tindak-tanduk Rafizi.

Ini kerana, apa yang sudah terjadi di Malaysia sekarang berpunca apabila pentadbiran dan dasar negara yang lemah semasa Pakatan Harapan memerintah.

Nasihatnya, rakyat jangan sekali lagi menggadaikan masa depan negara dengan formula yang tak masuk akal, apatah lagi dikemukakan oleh Rafizi. MG

Apa pilihan Rafizi ada selain serang Najib untuk popular – Shamsul Anuar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker