Pen Pengiystiharan Kemerdekaan Tanah Melayu Dipamerkan
Pen Pengiystiharan Kemerdekaan Tanah Melayu Dipamerkan
KOTA BHARU: Pen yang digunakan untuk menandatangani pengiystiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 oleh Raja-Raja Melayu antara 5,000 koleksi kerabat Diraja Kelantan yang mencuri tumpuan di Pameran Collectibles Stateroom di Hotel Grand Riverview di sini pada Sabtu.
Pen bersejarah tersebut digunakan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 antara semua Raja-Raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillvary di bangunan Kings House, Kuala Lumpur.
“Pen itu sekarang ini ada di muzium (Collectible Museum Kelantan) dan banyak orang tak tahu, patut pergi tengok untuk ambil ingatan.
“Saya sendiri berasa bangga kerana kita masih memiliki pen ini tetapi kebanyakan orang tak ambil tahu hal ini. Bagi yang minat sejarah, pen ini amat bernilai,” katanya ketika ditemui selepas Perasmian Pameran Collectibles Stateroom di Hotel Grand Riverview di sini pada Sabtu.
Tengku Abdul Halim berkata, penganjuran pameran oleh kerabat Diraja Kelantan sempena menyemarakkan lagi kedatangan bulan kemerdekaan Ogos ini yang menggunakan konsep bilik ke bilik itu perlu diteruskan pada masa depan.
“Ini kali pertama kita buat pameran di bilik-bilik hotel di Kelantan dan dirasakan bagus kerana ramai yang boleh ambil bahagian. Patut tiap-tiap tahun boleh buat macam ni,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Collectible Museum Kelantan, A Saifullah Sulaiman berkata, juga buat pertama kali mempamerkan koleksi milik Tengku Abdul Halim dan isterinya Tengku Puan Laksamana Kelantan, Datuk Seri Diraja Sharifah Azwan Tuanku Syed Putra Jamalullail pada pameran tersebut.
“Seramai 40 peserta turut mengambil bahagian dengan mempamerkan koleksi di 45 bilik hotel berkenaan selama sehari pada Sabtu dengan keselamatan barangan mereka lebih terjamin.
“Setiap bilik memaparkan tema tertentu seperti koleksi lukisan oleh pelukis tersohor Kelantan, koleksi keris, kuda, barangan Diraja, buluh, artifek tradisional dan syiling lama,” katanya. -SH
Pen Pengiystiharan Kemerdekaan Tanah Melayu Dipamerkan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Suami maut dipercayai dipukul isteri depan anak
- Rizal van Geyzel direman sehari
- Tawar elaun cari calon isteri
- Realiti sebalik isu TPM
- Gaji penjawat awam dan swasta di Malaysia tercorot berbanding negara ASEAN lain
- Isu Intan Najuwa peluk Aliff Aziz di Genting Highlands
- Jalan ‘jem’ kita kena sabar – Mohd Amar (Video)
- Kongress PKR, Kak Wan menangis kerana pengkhianatan
- Memang kenderaan milik PDRM lah…
- Anak ahli politik dipenjara 12 bulan jual jam tangan curi
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin akur, terima keputusan kerajaan
- Wanita lompat ke dapur McDonald’s untuk sediakan hidangan sendiri
- Pencen untuk bekas tentera, jangan samakan dengan ahli Parlimen – JHEV
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul
You must be logged in to post a comment.