Lelaki ‘perut titanium’ makan hidangan tamat tempoh

LONDON – Seorang lelaki Gavin Wren, di England mendapat julukan ‘perut titanium’ kerana tidak jatuh sakit walaupun bereksperimentasi dengan memakan makanan yang tamat tempoh, lapor portal berita MailOnline.
Gavin Wren, 44, dari Forest Gate di timur London, memuat naik rakaman dia menggoreng dan memakan telur ayam yang sudah 73 hari melepasi tarikh tamat tempoh.
Dia juga memakan sapuan hummus yang sudah tamat tempoh selama 17 hari. Baru-baru ini, Wren menyiarkan klip video dirinya memakan satu sudu besar yogurt, 31 hari selepas tarikh penggunaannya.
Walaupun menyeronokkan, Wren sebenarnya menyiarkan cabaran aneh itu untuk membuktikan bahawa banyak makanan yang tamat tempoh masih boleh dimakan.
Dia berkata, Britain membuang 9.5 juta tan makanan setahun walaupun 8.4 juta penduduknya berada dalam fasa kemiskinan makanan.
“Saya terkejut dengan jumlah makanan yang kita buang.
‘Saya dibesarkan dalam keluarga di mana jika sesuatu kelihatan dan berbau baik, bermakna ia masih boleh dimakan. Mungkin itu yang memberikan saya perut titanium.
“Perkara utama dalam cabaran ini adalah untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa makanan boleh bertahan lebih lama daripada yang anda jangkakan.
‘Orang selalu bertanya kepada saya sama ada saya jatuh sakit disebabkan tabiat itu dan saya bersumpah, ia tidak pernah membuatkan saya jatuh sakit,” ujar Wren. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Suami maut dipercayai dipukul isteri depan anak
- Rizal van Geyzel direman sehari
- Tawar elaun cari calon isteri
- Realiti sebalik isu TPM
- Gaji penjawat awam dan swasta di Malaysia tercorot berbanding negara ASEAN lain
- Isu Intan Najuwa peluk Aliff Aziz di Genting Highlands
- Jalan ‘jem’ kita kena sabar – Mohd Amar (Video)
- Kongress PKR, Kak Wan menangis kerana pengkhianatan
- Memang kenderaan milik PDRM lah…
- Anak ahli politik dipenjara 12 bulan jual jam tangan curi
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin akur, terima keputusan kerajaan
- Wanita lompat ke dapur McDonald’s untuk sediakan hidangan sendiri
- Pencen untuk bekas tentera, jangan samakan dengan ahli Parlimen – JHEV
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul
Ambulans terbalik dilanggar jururawat