Jangan Lupa Fitnah, Manipulasi Pembangkang… Taktik Lama Cuba Dihidupkan Kembali Menjelang PRU

Jangan Lupa Fitnah, Manipulasi Pembangkang… Taktik Lama Cuba Dihidupkan Kembali Menjelang PRU

JOHOR BAHRU, 15 Julai – Sejak akhir-akhir ini pelbagai manipulasi dan persepsi negatif mula bermain semula dalam media sosial yang tampak memburukkan kepimpinan dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain mengingatkan rakyat khususnya para pengundi agar tidak lupa dengan taktik menggunakan fitnah dan manipulasi oleh parti pembangkang sebagaimana menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.



Katanya, sekarang dalam keadaan di ambang PRU ke-15, maka ia berulang kembali dengan hal-hal yang memburukkan kepimpinan BN/UMNO mula dicanang.

“Bukankah dulu kerajaan BN tumbang selepas PRU ke-14 adalah akibat daripada janji-janji palsu pembangkang dan pelbagai tohmahan, persepsi serta manipulasi terhadap kepimpinan kerajaan ketika itu.

“Sekarang ini hal yang sama berlaku apabila macam-macam spekulasi dan manipulasi ditohmah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden UMNO.

“Begitu juga dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang sehinggakan pembangkang khususnya Dap menjadikan harga kasut sebagai bahan untuk memburukkan kepimpinan kerajaan,” katanya.

Dalam hal ini beliau merujuk kepada penularan keratan perjanjian persefahaman yang menyentuh berkenaan jawatan Timbalan Perdana Menteri milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta laporan beberapa akhbar berbahasa Cina mengenai isu kasut Onn Hafiz yang didakwa berharga ribuan ringgit dan membandingkan dengan kehidupan rakyat ketika ini.



Bidas Sharifah Azizah, hal terbabit adalah antara perkara yang sengaja dilontarkan pihak lawan sebagai tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat dan cuba melemahkan BN/UMNO.

“Semua pihak sedar bahawa kini UMNO/BN kembali mendapat sokongan rakyat malah beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor jadi bukti maka pihak lawan cuba mencari helah untuk melemahkan UMNO/BN menjelang PRU ini.

“Ini bukanlah perkara baharu maka rakyat perlu waspada agar jangan pisang berbuah dua kali, cukuplah sekali rakyat berasa derita 22 bulan dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan 17 bulan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau menyeru orang ramai untuk terus menyokong usaha kerajaan mengembalikan kestabilan negara dan membangunkan ekonomi yang menjunam jatuh.



“Kita perlu sokong usaha yang baik, termasuklah pihak pembangkang pun perlu menyokong hasrat demi masa depan negara.

“Ketepikanlah niat dengki, buruk dan tamak yang mahukan pangkat dan kuasa kerana natijahnya masa hadapan negara dan bangsa yang akan tergadai,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Jangan Lupa Fitnah, Manipulasi Pembangkang… Taktik Lama Cuba Dihidupkan Kembali Menjelang PRU

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul



Ambulans terbalik dilanggar jururawat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker