Apandi sahkan wakil Jho Low aturkan pertemuan dengan pihak berkuasa

Bekas peguam negara Apandi Ali mengesahkan dia mengaturkan beberapa pertemuan antara wakil ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, dengan pihak kerajaan Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Apandi berkata dia dihubungi oleh firma Washington DC, Kobre & Kim pada akhir Mei lalu, yang meminta bantuannya untuk mengaturkan pertemuan dengan peguam negara.

Dia berkata tujuan pertemuan itu adalah untuk membincangkan pemulangan wang yang didakwa diselewengkan Jho Low daripada 1MDB.

“Saya aturkan beberapa pertemuan, di mana wakil dari Kobre & Kim datang ke Malaysia.

“Dalam pertemuan itu, yang dibuat di Jabatan Peguam Negara (AGC), kerajaan diwakili oleh peguam negara dan pegawainya, serta pegawai kanan SPRM.

“Selepas pertemuan itu, yang ketika itu nampak positif, ia tiba-tiba dibatalkan oleh AGC atas sebab yang hanya mereka tahu,” katanya lagi.

Semalam, laporan The Edge yang memetik sumber antara lain menyatakan kerajaan telah menolak tawaran Jho Low sebanyak RM1.5 bilion untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya.

Laporan itu juga mendakwa Apandi menjadi wakil bagi pihaknya.

Terdahulu hari ini, AGC mengesahkan Jho Low ada membuat tawaran penyelesaian dengan kerajaan Malaysia.

Namun, AGC berkata semua tawaran tersebut telah ditolaknya.

Jho Low kini dalam pelarian dan lokasinya tidak diketahui umum.

Dihadapkan dengan sejumlah pertuduhan di Malaysia termasuk pengubahan wang haram dan terlibat dalam konspirasi jenayah, Jho Low berulang kali mendakwa dia tidak bersalah dan pada wawancara 2020 mendakwa hanya menjadi perantara dalam urusan 1MDB.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker