Pengkhinat sila tinggalkan parti – Wan Azizah
Pengkhinat sila tinggalkan parti – Wan Azizah
Penasihat PKR, Wan Azizah Wan Ismail mempersilakan mana-mana ahli parti yang merasakan tidak lagi serasi dengan perjuangan parti supaya meninggalkan parti dan bukannya bertindak menjadi musuh dalam selimut untuk menghancurkan parti yang telah dibina sejak sekian lama.
Beliau berkata, ahli parti yang kecewa termasuk selepas tewas pada pemilihan supaya tidak bertindak merosakkan dan menyerang parti dari dalam, sebaliknya kembali kuatkan parti dan tidak bermusuh sesama sendiri.
Wan Azizah turut mengimbas kembali kesetiaan anggota PKR ketika dilanda krisis, selepas bekas timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali bersama 10 ahli Parlimen lain bertindak meninggalkan parti melalui Langkah Sheraton sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas 22 bulan memerintah.
“Saya biasa kalah tetapi tak bermaksud saya memusuhi (lawan). Semua ahli keluarga. Pemilihan sudah berakhir, inilah masanya untuk kita kembali merangkul kekuatan dan terus konsisten dengan perjuangan asal kita.
“Kita tak bermusuh. Kita parti yang sama. Kalau nak tinggalkan…pergilah tetapi jangan jadi musuh dalam selimut, api dalam sekam. Jangan hancurkan apa yang kita bina sama-sama.
“Dalam tempoh 23 tahun ini tidak sedikit daya juang dan kesetiaan kita pada parti telah tergugat. Dengan pelbagai mihnah, tohmah, kemelut, perpecahan dan tiada disiplin pada keputusan. Cukup rencam serta memberi kesan kepada kestabilan organisasi. Tapi ini bukan baru. Timbalan pertama pun (Azmin) tinggalkan kita, jangan lupa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres Nasional Wanita PKR di Pusat Konvensyen (IDCC), Shah Alam, hari ini.
Wan Azizah dipercayai merujuk tindakan Azmin yang bertindak meninggalkan PKR melalui Langkah Sheraton hingga mengakibatkan kerajaan PH tumbang.
Menyifatkan Kongres Nasional 2022 kali ini sebagai suatu yang penting, Wan Azizah turut berharap semua anggota parti bersatu menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang dikira cukup mencabar.
“Kita telah melalui proses pemilihan parti yang tidak sedikit mencalarkan nama parti dan menguji persaudaraan kita ketika bertembung semasa berkempen dan membuat pilihan memilih pemimpin parti dalam semarak pesta demokrasi.
“Dalam mana-mana pertandingan akan ada yang menang dan akan ada yang kalah. Itu perkara biasa. Tetapi, kita harus ingat kepada adab sebagai seorang kawan dan lawan, adab akhlak dan kesopanan, nilai integriti dan maruah.
“Saya mahu kita terus kukuh dan terus berganding bahu dalam merangka bukan sahaja keluarga besar PKR tetapi juga keluarga majmuk PKR walaupun kita sedang berhadapan dengan politik taufan dan krisis kepimpinan negara,” katanya. FMT
Pengkhinat sila tinggalkan parti – Wan Azizah
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nora buat pembedahan besarkan payu dara
You must be logged in to post a comment.