Ahmad Maslan positif JPPM lulus pinda perlembagaan Umno

Ahmad Maslan positif JPPM lulus pinda perlembagaan Umno

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata parti itu belum menerima keputusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) berhubung permohonan pindaan perlembagaannya.

Ahmad bagaimanapun berkata, beliau positif JPPM meluluskan permohonan pindaan perlembagaan parti seperti diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno Khas pada 15 Mei lalu.

“Saya kira adalah hak mereka untuk ambil sedikit masa lagi. Sukacita ingin dinyatakan bahawa segala prosedur telah diikuti, dan saya menanti dengan fikiran positif bahawa kelulusan akan diperoleh,” katanya menurut Bernama.

Pada 7 Jul lalu, JPPM memaklumkan keputusan berhubung permohonan pindaan perlembagaan Umno akan diketahui selewat-lewatnya 16 Jul.

Umno meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum, untuk memberi ruang kepada ahli fokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada JPPM pada 17 Mei lalu.

Terdahulu, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata sebarang tindakan JPPM dalam meluluskan permohonan Umno meminda perlembagaan bagi membolehkan penangguhan pemilihan parti itu perlu dirujuk kepada Ahmad.

“Apa-apa mengenai JPPM tanya Ahmad Maslan, dia akan jawab,” katanya.

Pada 13 Jul, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata, JPPM belum mengeluarkan keputusan permohonan Umno meminda perlembagaan untuk mengadakan pemilihan parti, enam bulan selepas pilihan raya umum.

Hamzah yang juga setiausaha agung Bersatu berkata, biarpun JPPM berada bawah kementeriannya, namun keputusan jabatan itu dibuat secara bebas. FMT

Ahmad Maslan positif JPPM lulus pinda perlembagaan Umno


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker