SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin memfailkan tuntutan harta sepencarian terhadap bekas isterinya Emilia Hanafi.

Pengerusi Bersama Kumpulan Naza itu membuat tuntutan terhadap sebuah rumah terletak di Serene Kiara bernilai kira-kira RM6 juta yang dimiliki secara bersama oleh kedua-dua mereka.

Menurut peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat, Faisal memfailkan tuntutan tersebut pada 17 Mac lalu. Sebutan kes berkenaan dijadualkan berlangsung hari ini namun kemudiannya ditunda pada 19 Julai depan.

Katanya, rumah tersebut dibeli pada tahun 2009 dan dijadikan rumah kelamin sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

“Ini agak aneh biasanya bekas isteri yang tuntut dulu tapi bekas suami yang tuntut dulu. Tapi tak mengapa kita akan biarkan keadilan mengambil tempatnya,” kata beliau yang ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Selain Khairul Anwar turut mewakili Emilia adalah Nazri Yahya, Zulkifli Che Yong dan Dr. Azmi Mohd. Rais.

Emilia juga hadir dan ditemani ibu, bapa serta seorang adiknya.

Khairul Anwar berkata, kehadiran Emilia ke Mahkamah Tinggi Syariah membuktikan wanita berkenaan menghormati kedudukan dan kewibawaan mahkamah tersebut.

“Beliau meletakkan kepercayaan kepada undang-undang Islam dan para hakim bahawa ini adalah sistem yang adil.

“Untuk membetulkan tanggapan setengah pihak bahawa Emilia memusuhi ataupun menentang Mahkamah Syariah kerana apa sahaja berkaitan Islam sememangnya adil,” katanya.

Pada 27 Jun lepas, Emilia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.

Wanita itu dibebaskan dari penjara pada 1 Julai lepas.

Sementara itu Nazri berkata, Emilia akan memfaikan tuntutan harta sepencarian terhadap Faisal.

“Ini bukan kes pertama bekas suami menuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri. Banyak kes lain begitu dan kita juga akan membuat tuntutan bagi pihak Emilia juga,” katanya.

Menurut beliau, pihak peguam Emilia akan memaklumkan kemudian tarikh permohonan bagi memfaikan tuntutan harta pencarian terhadap Faisal.

Emilia dan Faisal mendirikan rumah tangga pada 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata. Mereka bercerai pada Mac 2016.

Ketika ini Faisal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret menyebabkan kecederaan ke atas Emilia yang ketika kejadian merupakan isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. MG

SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker