BP3.0 pastikan Agenda Perumahan MINDEF dilaksanakan dengan teratur – Ismail



BP3.0 pastikan Agenda Perumahan MINDEF dilaksanakan dengan teratur – Ismail

Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan pembinaan 12,733 Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) baharu dengan pelaksanaan Blueprint Perumahan 3.0 (BP3.0).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BP3.0 adalah agenda perumahan menyeluruh bagi menambah baik aspek kebajikan warga ATM termasuk veteran dan warga awam yang mendokong aspirasi Keluarga Malaysia dalam melestarikan kebajikan warga kerja pertahanan.

Beliau berkata, kerajaan menyanjung tinggi pengorbanan warga kerja pertahanan yang tidak menghiraukan penat lelah untuk mempertahankan keamanan negara tanpa mengira masa dan tempat, malah sanggup meninggalkan keluarga untuk berjuang di perbatasan.

“Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan sentiasa memberi keutamaan kepada agenda perumahan warga ATM dan warga awam MINDEF. Ini keutamaan, tiada kompromi,” katanya dalam ucapan pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan di Wisma Perwira, hari ini.




Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pelan Rangka Tindakan (Blueprint) Perumahan 3.0 MINDEF (BP3.0) yang dilancarkan hari ini merupakan agenda perumahan menyeluruh bagi menambah baik projek perumahan jangka panjang Kementerian Pertahanan.

Matlamatnya adalah untuk memastikan lebih banyak Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) dibina dan diselenggara, lebih banyak rumah mampu milik dibina dan lebih ramai veteran ATM diberi rumah baru dan ditambahbaik kediaman sedia ada

Ismail Sabri Yaakob berkata, rangka tindakan ini akan memastikan perancangan Agenda Perumahan Mindef yang bermula dari tahun 2022 hingga 2030 dapat dilaksanakan dengan teratur.

Menurutnya, pelbagai inisiatif dilakukan seperti Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT), program Satu Rumah Satu Anggota (SASaR) serta perumahan mampu milik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta program-program pembaikan serta pembinaan rumah veteran ATM.




“Pelaksanaan Blueprint Perumahan 1.0 dan Blueprint Perumahan 2.0 menyaksikan sebanyak 4,200 unit RKMAT baru telah berjaya disiapkan dan diduduki.

“BP3.0 pula akan menumpukan kepada penyediaan baki keperluan 12,733 unit RKMAT seluruh negara menerusi 5 fasa bermula tahun 2023 hingga tahun 2030,” tambah beliau.

Di bawah program selenggara dan naik taraf, sasaran 80 peratus daripada 7,292 unit RKMAT sedia ada akan dinaik taraf termasuk pengubahsuaian daripada 2 unit kepada 1 unit.

Pada masa yang sama, perabot lama yang telah rosak akan diganti dengan perabot yang baharu.

Manakala di bawah program Inisiatif Perumahan Veteran ATM, sebanyak 1,700 unit akan dibina demi kesejahteraan veteran ATM di seluruh negara.




Dalam masa yang sama, lebih banyak rumah akan diselenggara dengan nisbah sasarannya satu unit baru dibina, empat unit akan dinaik taraf.

Perdana Menteri berkata, sejak 1 Januari lalu, empat projek RKMAT telah disiapkan termasuk RKMAT Kem Segamat yang dirasmikannya pada 6 Mac lalu.

”RKMAT Kem Oran di Perlis, RKMAT Kem Pakit dan Kem Sri Miri di Sarawak dan RKMAT Kem Tok Jalai di Kedah, pula akan diduduki dalam masa terdekat.

“Semua projek RKMAT ini melibatkan 672 unit pelbagai kelas. RKMAT Kem Bera dan RKMAT Kem Tumbi pula bakal siap tidak lama lagi,” katanya. MG

BP3.0 pastikan Agenda Perumahan MINDEF dilaksanakan dengan teratur – Ismail





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban



Leave a Reply

Your email address will not be published.