Perjanjian lantik TPM: Umno, Jemaah Menteri tak dimaklumkan – Ahmad Maslan



Perjanjian lantik TPM: Umno, Jemaah Menteri tak dimaklumkan – Ahmad Maslan

Pemimpin Umno dan anggota Jemaah Menteri daripada parti itu mendakwa tidak mengetahui dan dimaklumkan mengenai perjanjian antara pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum pembentukan kerajaan baharu Ogos lepas.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, perkara itu tidak pernah dibawa, apatah lagi dibincangkan, dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan beliau hanya tahu setelah laporan mengenainya tular.

Bagaimanapun, katanya, soal pelantikan timbalan perdana menteri (TPM) dan anggota Jemaah Menteri adalah hak prerogatif Ismail selaku perdana menteri serta tidak perlu dibincangkan dalam parti.

“Namun, Umno melihat pembubaran Parlimen ke-14 yang terkandung dalam perjanjian itu perlu diadakan selewat-lewatnya pada Julai 2022 atau mana-mana tarikh dipersetujui haruslah diperbincangkan segera dalam lima kepimpinan tertinggi parti, MKT dan Barisan Nasional (BN).




“Ini bukan saya kata, tetapi dokumen itu secara jelas menyebut tarikh pembubaran Parlimen,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Kelmarin, tular dokumen perjanjian yang didakwa dimeterai antara Muhyiddin Yassin dan Ismail bertarikh 17 Ogos 2021 apabila naib presiden Umno itu dilantik sebagai perdana menteri.

Malah, perjanjian turut menyebut perdana menteri yang baharu dilantik juga hendaklah memberikan aku janji akan mengadakan rundingan dan mencapai suatu persefahaman dengan PN sebelum menentukan tarikh pembubaran Parlimen ke-14, yang akan diadakan selewat-lewatnya pada Julai 2022 atau mana-mana tarikh dipersetujui bersama.

Ketika ditanya sama ada perjanjian itu membelakangi parti, Ahmad enggan mengulas perkara itu dan sekali lagi menjelaskan pelantikan Jemaah Menteri ialah bidang kuasa perdana menteri.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin mengakui beliau tidak menyedari perjanjian tersebut yang kononnya dimeterai sebelum pembentukan kerajaan baharu, selepas Muhyiddin meletak jawatan.




Katanya, pihaknya hanya mengetahui satu sahaja perjanjian, iaitu persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) dan perkara itu didedahkan kepada umum termasuk dalam Umno sendiri.

Beliau melihat perjanjian melantik timbalan perdana menteri tidak sesuai buat masa sekarang kerana tempoh hayat Parlimen ke-14 hanya berbaki 10 bulan.

“Jadi, buat apa hendak lantik timbalan perdana menteri sebab pilihan raya umum sudah dekat,” katanya.

“Tetapi kalau nak buat perjanjian baharu, kita dalam MKT memutuskan tiada perjanjian baharu melainkan untuk pilihan raya umum disegerakan dan ketetapan ini juga dipersetujui perwakilan Umno sendiri.”

Ahli MKT Umno Razlan Rafii menyifatkan penyebaran dokumen itu sebagai tindakan “tikam belakang” terhadap kerajaan pimpinan Ismail, sekali gus menunjukkan ada niat lain terhadap Umno.




Katanya, Umno dan perdana menteri tidak perlu melayan tuntutan Bersatu yang dilihat mempunyai agenda tersendiri.

“Kita pun tidak tahu sama ada dokumen itu benar atau tidak, tetapi hakikatnya ia untuk mengeruhkan perpaduan dalam Umno.” FMT

Perjanjian lantik TPM: Umno, Jemaah Menteri tak dimaklumkan – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban



Leave a Reply

Your email address will not be published.