Isham gesa Annuar tampil perjelas isu perjanjian lantik TPM

Isham gesa Annuar tampil perjelas isu perjanjian lantik TPM

Ketua Umno Ketereh Annuar Musa digesa tampil memberi penjelasan mengenai perjanjian jawatan timbalan perdana menteri yang didakwa dimeterai antara Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) Isham Jalil berkata, perkara itu penting untuk diperjelaskan kerana akar umbi parti dan rakyat ingin tahu.

“Jika surat itu tidak betul, sila perjelaskan atau nafikan supaya ia tidak menjadi polemik di dalam parti. Akar umbi dan rakyat ingin tahu.

“Ini bukan isu yang boleh disorok di bawah karpet,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, Muhyiddin berkata, selain Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, perjanjian itu disaksikan Annuar dan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin.

Muhyiddin meminta Presiden PAS Abdul Hadi Awang merujuk kepada Takiyuddin yang didakwanya sebagai individu bertanggungjawab menggubal draf perjanjian tersebut. Takiyuddin kemudiannya mengakui penglibatannya.

Takiyuddin berkata, penglibatannya dalam draf perjanjian tersebut adalah dalam kapasitinya sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, bukan sebagai pemimpin parti.

Dalam pada itu, Isham berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sama ada MKT Umno tahu atau tidak mengenai perjanjian tersebut kerana ketika itu, beliau masih belum menganggotainya.

“Jawapan saya ialah saya tidak boleh komen sebab saya tidak tahu tentang perjanjian ini dan saya tidak berada dalam MKT semasa ia ditandatangani.

“Saya ada tanya beberapa rakan ahli MKT, mereka pun kata mereka tidak tahu menahu akan perjanjian ini,” katanya. FMT

Isham gesa Annuar tampil perjelas isu perjanjian lantik TPM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker