Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan

Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan

Kerajaan Malaysia merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan ganti rugi RM3.1 juta kepada seorang pemuda berusia 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lalu selepas mendapati hospital cuai dalam kejadian itu.

Pada 7 April lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman kecuaian yang difailkan pemuda berkenaan terhadap Kerajaan Malaysia, Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang, Pengarah Hospital, doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor.

Peguam Persekutuan K Saravanan ketika dihubungi media, berkata Pejabat Peguam Negara (AGC) yang mewakili semua defendan sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan terbabit di Mahkamah Rayuan pada 27 April lalu.

Katanya, pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 27 Julai ini di Mahkamah Rayuan, Putrajaya yang akan dijalankan secara e-Review.

Dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan ganti rugi khas RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000 dan ganti rugi teladan RM500,000 kepada mangsa.

Saman berkenaan difailkan pada 10 Julai 2018 oleh mangsa melalui ibunya ketika berusia 18 tahun, menyatakan insiden berlaku di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis ketika mangsa berusia 10 tahun mengakibatkan keseluruhan kepala zakar mangsa terpotong dan penyambungan semula tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul.

Plaintif mendakwa, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi prosedur pembedahan menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar.

Selepas masuk hari ke-35, plaintif berkata, beliau terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi berada pada batang zakarnya.

Dalam alasan penghakimannya, Akhtar berkata, kelewatan Hospital Kuala Lipis, Hospital Selayang dan beberapa pegawai perubatan termasuk doktor pakar mengambil langkah pantas untuk menyelamatkan kepala zakar yang terpotong menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa.

Beliau berkata, daripada bertindak untuk menghantar mangsa ke Hospital Selayang dengan cepat, defendan pertama yang juga pegawai perubatan di Hospital Kuala Lipis sebaliknya melakukan perkara remeh temeh.

Katanya, keterangan saksi plaintif dan defendan turut menunjukkan prosedur yang sepatutnya dilakukan ialah bukannya menyambung semula kepala zakar yang terputus tetapi memelihara kepala zakar terbabit.

Menurut hakim, kepala zakar hanya boleh dilakukan oleh pakar bedah mikro.

Hakim itu turut menyentuh mengenai tiada ganti rugi dapat menggantikan aset paling berharga seorang lelaki dan kesengsaraan serta perasaan malu mangsa disebabkan ‘kehilangan’ itu.

Walaupun begitu, katanya mahkamah perlu memberikan ganti rugi yang boleh membantu mengurangkan beban mangsa dan keluarga untuk membantunya mendapatkan semula keyakinan bersosial seperti manusia normal yang lain. HM

Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker