Siput Tanah Afrika Gergasi ‘serang’ bandar di Florida
TALLAHASSEE, Florida – Kemunculan siput pembunuh yang memiliki saiz seekor tikus menimbulkan kebimbangkan kepada penduduk di sebuah bandar di Florida, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.
Spesies berasal dari Benua Afrika itu ditemui di sebuah kawasan di Florida, manakala pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahaya kepada penduduk setempat. Ini kerana haiwan dikenali sebagai Siput Tanah Gergsai Afrika itu merupakan pembawa cacing peparu. Parasit itu menyebabkan jangkitan meningitis yang mengancam nyawa manusia.
Pada 23 Jun lalu, Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pengguna Florida (FDACS) mengumumkan bahawa spesies itu dikesan di kawasan bandar New Port Richey, Daerah Pasco.
Susulan penemuan itu, penduduk New Port Richey diarah untuk menjalani prosedur kuarantin pada hari berikutnya.
Selain itu, penduduk dilarang daripada memindahkan tumbuhan, tanah, serpihan, sisa halaman, kompos dan bahan binaan yang terletak di luar zon ditetapkan.
“Siput Tanah Gergasi Afrika adalah salah satu siput yang paling banyak menyebabkan kemusnahan di dunia dan menyerang sekurang-kurangnya 500 jenis tumbuhan berbeza,” kata FDACS.
Spesies siput itu mendatangkan kesan dahsyat ke atas sektor pertanian tempatan. Ia menyebabkan kerosakan teruk kepada persekitaran tropika dan subtropika.
Spesies Siput Tanah Gergasi Afrika pertama kali ditemui di Florida pada 2011 dengan pihak berkuasa terpaksa membelanjakan AS$10.8 juta (RM47 juta) untuk menghapuskannya.
Siput itu cepat membiak, boleh menghasilkan kira-kira 1,200 telur setahun, hidup sehingga usia sembilan tahun dan mencapai panjang 20 sentimeter. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azeez dakwa tanaman Musang King puncanya, Sanusi nafikan
- Ibu maut dikelar anak
- Bantuan kewangan kerajaan Pusat disalurkan kepada mangsa banjir Baling
- Farhash sangkal dakwaan Rafizi, anggapnya fitnah jahat
- Wanita dakwa dicabul pegawai exco Negeri Sembilan
- Beli patin buah RM1,245 seekor, pemilik restoren teruja
- Prank tarik tudung wanita melampau
- Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara
- Syamsul zip mulut bila ditanya mengenai Ira Kazar
- Buat hantaran gambar lucah, wanita didakwa
- Hapuskan subsidi minyak masak, beri percuma 5kg sebulan kepada B40, M40
- Ebby Yus lega rumah siap, tunggu masa dapat kunci
- Suri rumah curi 2 peket Milo dipenjara 14 bulan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET