Membesar dengan minyak masak subsidi dari Malaysia

SUNGAI GOLOK, THAILAND – Terdapat rakyat di Thailand mendakwa mereka sudah lebih 30 tahun membesar dengan minyak masak dari Malaysia.

Hasil perbualan wartawan Sinar Harian dengan penduduk tempatan mendapati kegiatan itu sudah berlaku sejak tempoh yang lama.

Warga Thailand yang mahu dikenali sebagai Yah, 35, berkata, sejak kecil dia dan keluarganya menggunakan minyak masak dari Malaysia.

“Minyak masak dari Malaysia murah kalau dibandingkan dengan keluaran tempatan (Thailand). Macam kami orang kampung, sudah tentu lebih suka beli yang murah.



“Minyak masak peket dari Malaysia juga berkualiti. Sebab itu orang Thailand suka gunakan minyak masak dari Malaysia apabila memasak,” jelasnya.

 

Minyak masak peket dari Malaysia yang dijual secara berleluasa di pekan Sungai Golok, Thailand.
Minyak masak peket dari Malaysia yang dijual secara berleluasa di pekan Sungai Golok, Thailand.

Yeh berkata, biasanya dia akan membeli minyak masak peket dalam kuantiti banyak untuk dibuat stok di rumah.

Menurutnya, jumlah itu mampu bertahan lebih sebulan dan tidak perlu pergi ke pekan Golok untuk mendapatkan bekalan minyak masak tersebut.



Seorang lagi penduduk tempatan dikenali sebagai Kob, 55, berkata, seluruh ahli keluarganya menggunakan minyak masak peket dari Malaysia sejak berzaman.

Jelasnya, minyak masak peket dari Malaysia boleh digunakan sekurang-kurangnya dua kali untuk menggoreng ayam atau ikan kerana kualitinya yang bagus.

“Minyak masak ini juga mudah diperoleh kerana rumah kami dengan Malaysia antara pekan Golok dan Rantau Panjang (Pasir Mas, Malaysia) hanya dipisahkan dengan sungai.

“Kami juga tidak pernah putus bekalan minyak masak. Saya ada terbaca di Facebook, orang di Malaysia sekarang sedang merungut kerana harga minyak masak sudah naik dan sukar diperoleh,” ujarnya.



Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Kelesom, 44, berkata, kebanyakan minyak masak keluaran Thailand diperbuat daripada bunga matahari dan kacang soya.

“Minyak matahari dan soya kurang sesuai untuk menggoreng ayam dan ikan. Sebab itulah kami pilih minyak masak dari Malaysia selain harganya yang murah, sedap dan berkualiti tinggi,” katanya.

SHP

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker