Jangan buat ‘content’ di kawasan bencana – Polis

Jangan buat ‘content’ di kawasan bencana – Polis

Baling: Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan merakam gambar di kawasan bencana kepala air di daerah ini hanya untuk memuat naik kandungan di media sosial tanpa melakukan sebarang tugas di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang berbuat demikian mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.



Beliau berkata, pihaknya akan menghalang tindakan mana-mana individu yang datang sekadar untuk menular tempat kejadian dan memuat naik kandungan di media sosial.

“Kita faham, bila ada bencana seperti ini ramailah yang akan datang tanpa tujuan maksudnya hanya untuk mengambil gambar dan memuat di media sosial mungkin untuk mendahului media.

“Saya ingin beri nasihat kepada mereka yang hanya berkepentingan diri tanpa berasa belas ihsan kepada mangsa banjir yang sedang dilanda kesusahan.

“Cukup-cukuplah menyusahkan pihak berkuasa dengan berlegar-legar di lokasi bencana hanya untuk ‘glamour’ dan memberitahu orang ramai mereka berada di tempat musibah banjir sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Kampung Iboi, Kupang, di sini hari ini.



Sementara itu, Shamsudin berkata, setakat ini Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Baling menerima puluhan permohonan daripada badan bukan kerajaan (NGO), perseorangan dan agensi swasta untuk membantu dalam kerja pembersihan rumah penduduk selain membantu menyalurkan sumbangan kepada penduduk yang terjejas dalam kepala air di 12 kampung di daerah ini.

Beliau berkata, bagaimanapun polis hanya membenarkan mereka masuk ke kawasan bencana sekiranya mempunyai surat kebenaran. HM

Jangan buat ‘content’ di kawasan bencana – Polis


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker