Guna permit tidak sah pegi haji, Arab Saudi hantar pulang jemaah

JAKARTA – Seramai 46 calon jemaah haji Indonesia telah dihantar pulang oleh kerajaan Arab Saudi kerana didapati menggunakan permit dan dokumen perjalanan yang tidak sah, lapor laman berita Tribunnew semalam.

Perkara tersebut mendapat perhatian Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, KH Maman Imanulhaq yang kini turut berada di Arab Saudi.

Maman berkata, beliau berharap kes tersebut dapat dijadikan iktibar kepada masyarakat Indonesia yang

ingin menunaikan ibadah haji supaya mereka menggunakan dokumen perjalan yang sah.

Lebih-lebih lagi katanya, kerana kerajaan Arab Saudi memandang serius calon jemaah haji yang didapati me­langgar peraturan.

Beliau turut meminta Kementerian Agama untuk meluaskan pemberitahuan mengenai pe­ningkatan kes penipuan terma­suk membetulkan penyalahgunaan permit yang kerap berlaku.

“Pada ketika ini, banyak masalah membabitkan jemaah haji dari Indonesia sama ada melalui laluan biasa mahupun melalui visa dari negara lain.

“Ini adalah perkara penting bagi Kementerian Agama supaya jemaah kita tidak menjadi mang­sa salah faham sistem dan skim penipuan yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker