Ira Kazar diarah masuk pernyataan pembelaan
Ira Kazar diarah masuk pernyataan pembelaan
Wanita yang didakwa kekasih kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar diarah masuk pernyataan pembelaan terhadap tuntutan saman dikemukakan Puteri Sarah Liyana dalam tempoh sebulan, mulai hari ini.
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, di sini hari ini.
“Mahkamah mengarahkan pihak defendan (Ira) masuk penyataan pembelaan dalam tuntutan saman dalam tempoh sebulan.
“Jika perlu, plaintif akan menjawabnya. Jika tidak, mahkamah akan menetapkan tarikh bicara,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
Akberdin berkata, mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk pengurusan kes seterusnya.
Dalam pada itu, Akberdin memberitahu, mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi. Ia termasuklah defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.
“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi dikekalkan mahkamah,” kata Akberdin.
Sebelum ini, plaintif mendapatkan perintah interim injuksi berkenaan. Permohonan dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan diterimanya.
Sementara itu, mengulas sama ada kes saman berkemungkinan diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak, Akberdin berkata, setakat ini belum ke arah itu lagi.
“Sekiranya ada inisiatif untuk selesaikan dengan cara baik, kita tengok dahulu. Bukan meninggi diri, asalkan tawaran logik, kita mungkin mempertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” kata Akberdin.
Selain Akberdin, turut hadir, peguam, Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abd Latiff.
Namun, Puteri Sarah dan Ira tidak hadir dan diwakili peguam masing-masing.
Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan, sebelum atau pada 4 Ogos depan.
“Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif.
“Hari ini, mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,” kata Ammar.
Terdahulu, Puteri Sarah, 37, memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih suaminya, Syamsul pada 30 Jun lalu. BH
Ira Kazar diarah masuk pernyataan pembelaan
Baca Artikel Menarik:
- Tuan Ibrahim nafi PAS mahu guna logo PN
- Ibu tunggal tidak serik kahwin kali ke-12
- Ini rupanya Kapten Syers dalam Mat Kilau [VIDEO]
- Cubaan samun berakhir tragedi, suspek dan mangsa terbunuh
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM
Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari