Mahathir dakwa Wan Junaidi tak faham undang-undang

Mahathir dakwa Wan Junaidi tak faham undang-undang

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melahirkan rasa kecewa terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung semakan undang-undang berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Hari ini Dr. Mahathir pula melahirkan kekecewaan terhadap Wan Junaidi dalam isu tersebut dan menyifatkan Menteri Undang-Undang itu tidak faham mengenai asas undang-undang.



Dr. Mahathir berkata, dakwaan Wan Junaidi kononnya beliau tidak membangkitkan bantahan awal terhadap kedudukan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas (PPK) Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau telah membuat bantahan sebanyak dua kali terhadap pelantikan Mohamed Apandi. Kali pertama menerusi surat bertarikh 23 Mei 2022.

Katanya, bantahan dibuat kerana Mohamed Apandi mempunyai konflik berkepentingan terhadap dirinya.

Ini kerana, beliau pernah menamatkan perkhidmatan Mohamad Apandi sebagai Peguam Negara ketika dia menjadi Perdana Menteri Ketujuh.



Mohamed Apandi juga secara terbuka telah mengkritik keputusan Kerajaan Pakatan Harapan dan dirinya selepas tidak merayu keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung isu Batu Puteh yang diserahkan kepada Singapura.

“Dia merupakan petitioner/pengadu kepada kes ini dan melantiknya mengetuai badan ini bertentangan dengan “rule of law” dan “natural justice” yang menyatakan secara jelas “no man shall be the Judge of his own cause”.

“Tentunya Menteri Undang-Undang dan Mohamed Apandi khususnya faham soal kedudukannya jika dia benar orang yang terpelajar dalam hal perundangan dan rule of law.

“Dia ini mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan mantan Peguam Negara. Mohamed Apandi seharusnya kekal sebagai petitioner/pengadu atau meminta atau diminta menjadi saksi,” tegas Dr. Mahathir.



Menurut Dr. Mahathir, bantahan yang dibuat tidak dihiraukan sebaliknya telah diminta hadir untuk sesi temubual yang dijadualkan semula pada 28 Jun 2022.

Dr. Mahathir berkata, pada 21 Jun 2022 beliau sekali lagi menulis surat bantahan.

Dalam surat tersebut, Dr. Mahathir turut membantah pelantikan Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu sebagai penemubual memandangkan Baljit peguam Mohamed Apandi dalam kes saman Kerajaan Malaysia dan bekas Perdana Menteri itu berkaitan penamatan jawatan sebagai Peguam Negara.

Bagaimanapun menurut Dr. Mahathir bantahan yang dikemukakannya tidak pernah dijawab sehingga semalam.



“Tidakkah Menteri Undang-Undang dimaklum mengenai bantahan-bantahan awal saya?

“Saya sedia beri kerjasama untuk apa-apa prosiding atau temubual jika jawatankuasa itu terdiri dari individu tidak berkepentingan. Ini hak saya menurut undang-undang.

“Saya berasa lebih kecewa bila ada Menteri Undang-Undang yang masih tidak faham asas undang-undang, lebih-lebih lagi dalam isu membabitkan kedaulatan Negara,” kata Dr. Mahathir dalam kenyataan hari ini.

Semalam Wan Junaidi berkata, tiada isu berbangkit berkaitan keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021 untuk melantik Mohamed Apandi sebagai Pengerusi PPK, memandangkan pertimbangan sewajarnya telah dilaksanakan terhadap keputusan menubuhkan pasukan petugas itu.



Wan Junaidi berkata, keputusan Dr Mahathir untuk tidak meneruskan sesi temubual bersama Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara, semalam amat mengecewakan. MG

Mahathir dakwa Wan Junaidi tak faham undang-undang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker