Lelaki berisiko alami pembesaran payu dara

Lelaki berisiko alami pembesaran payu dara

Ramai orang idamkan tubuh yang sihat dan bagi lelaki, mereka idamkan tubuh yang kekar atau ‘sado’ kata orang muda sekarang dan wanita pula, dambakan badan yang ramping.

Justeru, mereka sanggup habiskan masa berjam-jam sehari untuk bersenam termasuk di gimnasium malah ada juga yang mengambil steroid untuk kesan lebih pantas.

Begitupun, pengambilan steroid secara salah ada kesannya dan menurut laporan Daily Mail, puluhan ribu lelaki warga Britain mengalami risiko pembesaran payu dara.

Dianggarkan sejuta lelaki dan wanita di United Kingdom (UK) menggunakan steroid anabolik untuk kelihatan lebih berotot dan sihat, yang mana trend itu mula meningkat sejak sedekad lalu.

Antara kesan sampingan paling biasa berlaku akibat penggunaan steroid yang salah dalam kalangan lelaki adalah pembesaran tisu payu dara, dikenali sebagai ‘gynaecomastia’ dalam istilah perubatan.

Pakar bedah di Klinik Signatures, Dr John Skevofilax mendakwa, jumlah pesakit lelaki yang hadir untuk menjalani pembuangan mengecilkan payu dara akibat penyalahgunaan steroid semakin bertambah.

“Saya sudah menjalankan lebih 600 pembedahan gynaecomastia sejak 2020 dan saya percaya masih ramai yang berdepan masalah itu tetapi enggan mendapatkan rawatan kerana malu.

“Puluhan ribu lelaki berdepan risiko mengalami gynaecomastia kerana mereka sering mengambil dadah perangsang.

“Kebanyakan kes, mereka tidak merujuk kepada pakar perubatan sebelum mengambil bahan tersebut,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Gynaecomastia berlaku apabila terdapat banyak estrogen yang merupakan hormon wanita di dalam badan lelaki.

Masalah itu juga boleh berlaku apabila golongan lelaki berhenti sepenuhnya menggunakan steroid, selain mengalami masalah berat badan. Aw

Lelaki berisiko alami pembesaran payu dara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker