Kerajaan kecewa Mahathir enggan beri kerjasama isu Pulau Batu Puteh



Kerajaan kecewa Mahathir enggan beri kerjasama isu Pulau Batu Puteh

Kerajaan mengambil maklum pendirian Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tidak meneruskan sesi temubual saksi bersama Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mantan Perdana Menteri itu tidak mahu memberi kerjasama selagi Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Menurut beliau, kerajaan berpandangan tiada isu berbangkit berkaitan keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober lalu untuk melantik Mohamed Apandi, memandangkan pertimbangan sewajarnya telah dilaksanakan terhadap keputusan menubuhkan Pasukan Petugas Khas tersebut.

Oleh itu, katanya, sebarang bantahan berkaitan kedudukan Pengerusi Pasukan Petugas Khas sewajarnya dibangkitkan lebih awal untuk perhatian kerajaan.




“Pasukan Petugas Khas ini dilantik dengan tujuan spesifik untuk meninjau dan mengkaji opsyen perundangan bagi menyiasat berkaitan penarikan rayuan kes ini di International Court of Justice (ICJ) pada 2018.

“Pasukan ini juga telah menjalankan tugas mereka selama tujuh bulan sehingga Laporan Interim disediakan dan laporan akhir serta tindakan susulan sedang disediakannya.

“Adalah mustahil untuk saya bertindak sewenang-wenangnya tanpa sebarang justifikasi untuk mengeluarkan Mohamed Apandi sebagai Pengerusi apabila Jemaah Menteri membuat keputusan,” katanya dalam kenyataan kepada media, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Wan Junaidi, pasukan khas itu hanya hendak mendengar dan mendapatkan pandangan mengenai situasi pada 2018 apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) menarik balik rayuan kes itu di ICJ.

Katanya, Mahathir sudah sedia maklum pelantikan itu oleh Jemaah Menteri dan beliau sebenarnya boleh menolak untuk hadir ke sesi pagi semalam di Jabatan Peguam Negara.




Keputusan itu, ujarnya, telah mengejutkan panel penemubual dan perkara-perkara yang sepatutnya dapat dikongsikan oleh beliau tidak dapat diperolehi oleh PPK.

Dalam hal ini, Dr. Wan Junaidi menyatakan kekecewaannya dengan tindakan Mahathir yang tidak memberi kerjasama.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Pasukan Petugas Khas akan meneruskan komitmen dan tanggungjawab untuk menghasilkan laporan akhir seperti mana yang dirancang.

“Ini selaras dengan tujuan penubuhannya iaitu untuk meneliti hala tuju berhubung kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan serta keputusan kerajaan pada tahun 2018 untuk menarik balik permohonan semakan dan permintaan tafsiran kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan,” kata beliau. MG

Kerajaan kecewa Mahathir enggan beri kerjasama isu Pulau Batu Puteh





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000



Leave a Reply

Your email address will not be published.