Cubaan culik: Lufya buat laporan polis

Cubaan culik: Lufya buat laporan polis

Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar yang mendakwa dirinya diserang seorang individu ketika cuba menyelamatkan puterinya, Laana Haura daripada diculik di sebuah taman permainan di sekitar Kota Damansara, dekat sini telah tampil membuat laporan polis.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, laporan berkenaan dibuat Lufya kira-kira pukul 6.59 pagi tadi di Balai Polis Kota Damansara dekat sini.

“Kita baru sahaja terima laporan, perkembangan siasatan akan dimaklumkan,” katanya ringkas.

Terdahulu, pihak polis meminta Lufya untuk tampil membuat laporan mengenai dakwaan cubaan culik anak perempuannya untuk siasatan lanjut.

Sebelum itu, menerusi entri Instagram, pelakon itu berkongsi keadaan wajahnya terkini yang dilihat mempunyai kesan kecederaan akibat diserang penculik tersebut.

Katanya, individu itu memukulnya menggunakan batang kayu sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya.

Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika dia dan anaknya berada di taman permainan Kota Damansara.

Lufya berkata, setiap wanita terutama bergelar ibu perlu mempunyai ilmu asas mempertahan diri agar dapat melindungi diri dan anak jika kejadian seperti ini berlaku.

Dalam pada itu, Lufya juga menekankan orang ramai harus sentiasa berwaspada selain memohon agar mendoakan kesembuhan dirinya. Utusan

Cubaan culik: Lufya buat laporan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker