Dua beradik sindiket seludup arak ditahan cuba rasuah polis RM25,000

SHAH ALAM – Dua beradik dipercayai anggota sindiket penyeludupan minuman keras ditahan apabila cubaan rasuah wang tunai berjumlah RM25,000 kepada pegawai kanan polis, hari ini.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 40an itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Menurut sumber, terdahulu satu operasi bersama antara polis Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan di premis perniagaan minuman milik salah seorang suspek.



Katanya, suspek itu juga adalah pengurus syarikat di premis berkenaan yang beroperasi di Kuala Lumpur.

“Kedua-dua suspek yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan minuman keras tanpa cukai telah menyogok wang tunai kira-kira RM25,000 kepada salah seorang pegawai kanan polis.

“Sogokan itu sebagai balasan supaya mereka dilepaskan dan tidak diambil sebarang tindakan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.



“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pukul 9 pagi esok untuk permohonan reman,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran



Elaun RM4,733 tak cukup



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker