Dakwaan SD sokong Anwar: Zahid serahkan pada ahli untuk percaya atau tidak

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia menyerahkan kepada akar umbi parti untuk menilai sama ada bekas anggota Majlis KerjaTertinggi (MKT) parti itu Tajuddin Abdul Rahman bercakap benar.

Zahid berkata demikian ketika ditanya berkaitan pengakuan Tajuddin bahawa terdapat akuan berkanun (SD) anggota parlimen Umno yang menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Bagi saya apa yg dinyatakan oleh beliau sama ada ia tidak benar atau terdapat sikit kebenaran, saya serahkan kepada ahli-ahli Umno, terutamanya akar umbi (menilainya),” kata Zahid kepada pemberita di kompleks mahkamah Kuala Lumpur.



Minggu lalu, Tajuddin dipecat sebagai ahli majlis tertinggi Umno yang dilantik.

Ini membawa kepada sidang akhbar semalam, apabila Tajuddin mendakwa Zahid, dirinya dan beberapa ahli parlimen lain telah menandatangani SD yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri pada 2020.

Menjawab perkara ini, Zahid menegaskan perkara utama sekarang adalah Tajuddin bukan lagi ahli majlis tertinggi Umno.

Dalam pada itu, Zahid berkata penyingkiran Tajuddin itu selaras dengan kuasanya sebagai presiden Umno untuk melantik dan memecat pelantikan ahli majlis tertinggi yang tidak dipilih.



Zahid turut membidas ahli parlimen Pasir Salak itu, berkata dia telah “memohon” untuk berada di majlis tertinggi selepas tewas dalam perebutan naib presiden Umno pada 2018.

Pada penghujung 2020 dan awal 2021, Anwar telah mendakwa dia mempunyai sokongan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti ahli parlimen yang “jumlahnya kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil.”

Bagaimanapun, dakwaan itu menjadi bahan cemuhan kemudian apabila sokongan berkenaan gagal menjadi kenyataan.

Kenyataan Zahid pada September 2020 juga memberi kepercayaan bahawa Anwar memohon sokongan daripada BN.



Menjelang April 2021, terdapat dakwaan bahawa Anwar membuat panggilan telefon kepada Zahid selepas perhimpunan Umno untuk mengucapkan tahniah kepadanya.

Dalam temu bual, Anwar pada April memberitahu sokongan itu ‘berkecai’ kerana dia enggan berkompromi dengan prinsip tertentu, termasuk syarat bahawa dasar kerajaan tidak boleh dikompromi, bahawa mereka akan menolak sentimen perkauman yang sempit dan rasuah, serta mematuhi tadbir urus baik dan tidak boleh merampas kepimpinan negara.

Ahli parlimen Port Dickson juga berkata dia enggan campur tangan kehakiman untuk melepaskan ahli politik yang menghadapi perbicaraan jenayah di mahkamah.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi



Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker