Krisis hanya berlaku bila ada tukang kipas dan batu api – Puad

Krisis hanya berlaku bila ada tukang kipas dan batu api – Puad

Seorang pemimpin Umno membidas Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa yang memberi amaran bahawa pengguguran Tajuddin Abdul Rahman daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan mencetuskan krisis dan perpecahan dalam parti.

Ahli MKT, Puad Zarkashi berkata, Tajuddin dilantik, bukannya dipilih sebagai ahli MKT, jadi normal untuk Umno memecat dan menggantikan ahli yang dilantik menganggotai barisan pimpinan parti itu.

Katanya, krisis hanya akan berlaku dalam parti jika ada “tukang kipas dan batu api yang mengapikannya”.

“Annuar cuba menghasut dengan mengatakan tindakan terhadap Tajuddin berisiko mencetuskan krisis dalam parti.

“Tajuddin bukan dipecat. Dia MKT dilantik. Dia digugurkan untuk diganti oleh orang lain. Takkan itu pun Annuar tidak faham.

“Bila lawan keputusan parti, memang wajib digugur dan dipecat. Itu cerita sebenarnya,” kata Puad dalam catatan Facebook.

Beliau berkata, Annuar sendiri pernah digugurkan sebagai ketua penerangan Umno, begitu juga Ahmad Maslan dan Shamsul Anuar Nasarah, tetapi tiada krisis tercetus dalam parti.

Puad turut mempersoalkan sikap Annuar yang membisu ketika Tajuddin dipecat sebagai pengerusi Prasana pada 2021 oleh perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin.

Jumaat lalu, Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia memberi bayangan bahawa terdapat beberapa nama lagi “dalam senarai menunggu” untuk dipecat selepas dicap sebagai musuh politik.

Beliau yang dipecat sebagai setiausaha agung Barisan Nasional pada Januari 2021 berkata, walaupun terdapat peruntukan untuk presiden Umno memecat ahli MKT dilantik, tetapi tindakan itu tidak membawa kebaikan.

Tajuddin, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak adalah antara 13 individu yang dilantik oleh presiden parti untuk menganggotai MKT.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Tajuddin digugurkan daripada MKT kerana tindak-tanduknya mengkritik parti. FMT

Krisis hanya berlaku bila ada tukang kipas dan batu api – Puad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker