Kerajaan tubuh jawatankuasa tapis, gabung manifesto parti kerajaan

Kerajaan tubuh jawatankuasa tapis, gabung manifesto parti kerajaan

Apabila sebuah kerajaan dibentuk selepas pilihan raya, rakyat mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat pihak yang terbabit memenuhi manifesto pilihan raya masing-masing.

Tetapi, dengan kerajaan perpaduan hari ini yang terdiri daripada gabungan dan parti berbeza serta masing-masing mempunyai manifesto sendiri, terdapat kekaburan mengenai ikrar yang sepatutnya dipenuhi.

Untuk menyelesaikan isu itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kabinet menugaskan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali menubuhkan jawatankuasa kerajaan bagi menyaring setiap manifesto dan memilih agenda yang akan diguna pakai.

“Kita adalah gabungan parti yang berbeza latar belakang, berlainan dasar, dan masing-masing sebenarnya mempunyai manifesto sendiri menjelang PRU ke-15.

“Tetapi, sekarang apabila kita berada dalam kerajaan, untuk kita menggabungkan semua manifesto dengan cepat, terdapat kekangan masa.

“Di peringkat kabinet, sudah ada satu jawatankuasa yang berusaha untuk memilih dan menggabungkan semua program khusus daripada setiap manifesto gabungan terbabit,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun Rafizi menegaskan sebarang keputusan yang akan dibuat terikat kepada satu set prinsip seperti yang digariskan seksyen 2 memorandum perjanjian (MOA) yang dimeterai pihak kerajaan.

MOA itu antara lain berikrar untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, memberi peluang ekonomi yang adil kepada golongan miskin tanpa mengira latar belakang, serta menjaga hak kebebasan berhimpun dan bersuara.

Ia juga berikrar untuk menggiatkan usaha pengasingan kuasa antara tiga cabang kerajaan.

Terdahulu ahli parlimen Pandan itu diminta mengulas mengapa MOA terbabit tidak menggariskan pembaruan khusus berbanding memorandum persefahaman dimeterai di antara PH dan kerajaan yang diketuai Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Ditanya jika akan ada peruntukan yang sama rata untuk semua ahli parlimen, Rafizi berkata, soalan tersebut perlu ditanya kepada Kementerian Kewangan, yang diketuai oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Mk

Kerajaan tubuh jawatankuasa tapis, gabung manifesto parti kerajaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker