Tiada kerjasama dengan pengkhianat – PKR
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, kata Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil.
Menurut Fahmi keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPP yang berlangsung malam tadi.
“MPP memutuskan bahawa Keadilan tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, yang dianggap oleh anggota, penyokong parti serta orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton,” katanya dalam kenyataan media.
Jumaat lalu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dikatakan bertemu dengan dua wakil PKR di Hotel Sheraton di Petaling Jaya.
Perkara itu dibongkar beberapa pemimpin kanan PKR yang tidak mahu identiti mereka didedahkan.
Bagaimanapun Azmin ketika ditanya pemberita semalam berkata dia tidak ingat hotel mana dikunjunginya dan siapa ditemui pada minggu lalu berikutan jadual kerja yang padat.
“Sheraton Hotel? Saya pergi banyak hotel, saya tidak ingat hotel yang mana,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette.
Sebelum ini, seorang lagi pemimpin Bersatu, Mohd Rashid Hasnon berkata adalah mustahil untuk dia dan Azmin meninggalkan parti mereka.
Mohd Rashid menyifatkan dakwaan itu sebagai propaganda murahan untuk melemahkan parti terbabit.
Sementara itu, Fahmi berkata MPP PKR turut bermesyuarat malam tadi berhubung pemilihannya baru-baru ini dan persiapan Kongres PKR.
Katanya, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan mengumumkan secara rasmi kepimpinan yang baru cabang serta pimpinan utama PKR dalam masa terdekat.
“Saf kepimpinan baru ini perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh-musuh politik Keadilan pada Pilihan Raya Umum ke-15,” jelasnya.
Selain itu katanya, MPP memutuskan bahawa Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan akan diteruskan pada 15 Julai 2022, bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
“Kongres Nasional juga akan diteruskan pada 16 dan 17 Julai 2022, juga bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
“Kongres kali ini akan menumpukan kepada kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi PRU-15 serta pembubaran parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa selepas 31 Julai 2022,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kucing makan tuan
- Nurul Izzah tuai emas di New Delhi
- Hina Nabi: Malaysia hantar wakil khas ke India
- Kenyataan Johor keluar Malaysia adalah serius – Mahathir
- Muhyiddin tak serah RM1.3 juta kepada bendahari Bersatu – Mahathir
- Kenapa SPRM tak siasat dari awal nama pemimpin tinggi dalam lejar UKSB – Haniff
- Bawa lari pelajar dari Klang, rogol di Melaka
- Polis tahan lelaki disyaki serang Jagdeep
- Saintis temui lohong hitam yang boleh ‘menelan’ Bumi
- Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Parti Politik
- Glasier Kiamat di Antartika mencair lebih cepat
- Ajal ibu muda di mesin basuh
- Pelakon belasah penghuni kondo, polis perlu masa jalankan siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET