UKSB, Anifah nafi terima wang

UKSB, Anifah nafi terima wang

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menafikan menerima sebarang wang daripada Ultra Kinrara Sdn. Bhd. (UKSB) dan menegaskan tidak pernah berjumpa dengan bekas Pengurusan Pentadbiran syarikat itu, David Tan Siong Sun.

Anifah yang terkejut dengan keterangan Siong Sun kemudian memaklumkan beliau bersedia untuk membantu siasatan dijalankan pihak berkuasa bagi membersihkan namanya.



“Sebagai Menteri Luar, saya berjumpa dengan ramai orang. Seingat saya, tidak pernah jumpa David Tan atau menerima sebarang wang daripadanya mahupun UKSB.

“Saya tidak mengetahui siapa mereka dan saya tidak pernah berurusan dengan mereka dalam apa perkara sekali pun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk kepada laporan berita membabitkan namanya menerusi keterangan Siong Sun selaku saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Selain bekas Ahli Parlimen Kimanis itu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disebut sebagai salah seorang penerima dana berjumlah kira-kira RM1.3 juta daripada UKSB selalu syarikat pembekal perkhidmatan visa luar negara (VLN) oleh saksi pendakwaan ke-17 bicara kes Ahmad Zahid.



Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu dalam reaksi balasnya menafikan kenyataan saksi pendakwaan terbabit iaitu Siong Sun.

Malah, prosiding tersebut turut menamakan tiga anggota Kabinet seperti Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan seorang lagi bekas menteri iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Susulan pendedahan itu, SPRM dalam reaksi segera memaklumkan akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang didakwa menerima wang dalam perbicaraan kes rasuah itu. Utusan

UKSB, Anifah nafi terima wang




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?



Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker