Johor dapat lebih dana persekutuan berbanding Selangor – ahli ekonomi

Johor dapat lebih dana persekutuan berbanding Selangor – ahli ekonomi

Johor menerima peruntukan bajet yang lebih tinggi bagi 2022 berbanding Selangor, kata seorang pakar ekonomi yang menolak tanggapan bahawa Johor diketepikan dari segi dana persekutuan.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata, Johor mendahului senarai peruntukan kepada negeri-negeri dengan menerima peruntukan RM865 juta, berbanding Selangor yang menerima RM852 juta.

“Jadi, Johor tidak diketepikan dalam peruntukan bajet,” katanya.

Tambahnya, negeri yang menerima peruntukan terendah ialah Perlis (RM138 juta) dan Kelantan (RM331 juta).

Seorang lagi ahli ekonomi, Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway berkata, kerajaan persekutuan memperuntukkan dana kepada negeri berdasarkan pendapatan per kapita mereka.

“Negeri-negeri yang lebih miskin seperti Sabah dan Sarawak menerima peruntukan lebih tinggi bagi membolehkan mereka mengejar negeri-negeri lebih kaya seperti Selangor, Pulau Pinang serta Johor, antara negeri-negeri yang lebih berindustri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan Putrajaya meneliti permintaan peruntukan yang lebih besar untuk Johor yang dibuat Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan pelaburan yang mempunyai kesan pengganda tinggi, seperti pewujudan industri bernilai tinggi dan pekerjaan berkemahiran tinggi.

Sebagai alternatif, kerajaan persekutuan dan negeri boleh bersama-sama membiayai projek dan perkongsian awam-swasta yang dipertimbangkan.

Yeah berkata, projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan penting harus diutamakan dan kerajaan negeri diberi lebih fleksibiliti dalam mengambil pinjaman.

Beliau turut mencadangkan desentralisasi dan menyerahkan tanggungjawab yang lebih besar untuk pembangunan ke peringkat negeri dan daerah.

Pada Jumaat, Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda merasakan Johor dilayan seperti anak tiri dari segi peruntukan persekutuan, yang menurutnya “sangat tidak seimbang” dengan RM13 bilion yang disumbangkan Johor kepada tabung persekutuan setiap tahun.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan keadaan bangunan dan kemudahan persekutuan, dan janji yang tidak ditunaikan berhubung peluasan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Senai-Desaru. FMT

Johor dapat lebih dana persekutuan berbanding Selangor – ahli ekonomi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker