Hina Nabi: Malaysia hantar wakil khas ke India
Hina Nabi: Malaysia hantar wakil khas ke India
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah menghantar wakil khasnya untuk bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi bagi menyampaikan sendiri pandangan Malaysia mengenai isu menghina Nabi Muhammad SAW kepada kerajaan negara itu.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu diambil selain tindakan kementeriannya yang telah memanggil Pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke Wisma Putra bagi menyampaikan nota protes berkaitan hal itu pada 7 Jun lalu.
“Setakat ini difahamkan utusan khas berkenaan belum dapat lagi mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Perdana Menteri India.
“Perdana Menteri mengambil tindakan itu supaya pandangan kita dapat disampaikan sendiri ke pihak tertinggi kerajaan India,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Twenty’s Talk Hi-Tea di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, tindakan diambil oleh kerajaan India terhadap isu berkenaan bagaimanapun dilihat cepat apabila dua ahli politik Parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad SAW sudah dilucutkan jawatan dalam kerajaan.
“Saya telah hadir pada Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India pada 16 Jun lalu, dan keesokannya saya hadir mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar India Dr Subrahmanyam Jaishankardi dan saya sempat sampaikan pandangan kerajaan Malaysia tentang isu ini.
“Beliau (Dr Subrahmanyam) mengatakan penghinaan dilakukan tidak melambangkan pendirian India dan kami bersetuju kedua-dua belah pihak perlu mencari jalan agar dapat diselesaikan dengan cara lebih baik jika berulang pada masa hadapan,” katanya.
Baru-baru ini, dua jurucakap BJP yang mentadbir India telah mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah RA.
Perkara itu telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, terutama di Asia Barat yang mengutuk tindakan itu sehingga terdapat pusat beli-belah yang memunggah keluar produk India daripada rak jualan. HM
Hina Nabi: Malaysia hantar wakil khas ke India
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex
You must be logged in to post a comment.