Kes Covid-19 kembali melojak di Britain

LONDON – Jangkitan Covid-19 kembali melonjak di England dengan catatan 1.13 juta kes pada minggu berakhir 10 Jun lalu sekali gus petanda gelombang baharu koronavirus melanda Britain, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Berdasarkan situasi semasa tersebut, Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) menganggarkan terdapat 40 peratus kenaikan kes Covid-19 dalam tempoh seminggu atau  bersamaan satu kes dalam setiap 50 penduduk.

Ia menandakan peningkatan kes mingguan terbesar sejak Disember  tahun lalu apabila  Omicron muncul  varian dominan di Britain.

Dalam perkembangan sama, kes turut meningkat di Wales dan Ireland Utara dengan seorang  dalam setiap 45 individu dijangkiti Covid-19 minggu lalu, manakala Scotland mencatat satu jangkitan setiap 30 orang.

Tinjauan jangkitan mingguan ONS menjadi penanda aras terbaik jangkitan Covid-19 dalam era pasca pandemik selepas ujian calitan percuma dihentikan dan papan pemuka kes harian bukan lagi petunjuk utama.

Berdasarkan data semasa, lonjakan semula koronavirus di Britain dilaporkan  didorong oleh subvarian BA.4 dan BA.5 Omicron yang dianggap lebih mudah berjangkit daripada varian induknya.

Saintis-saintis juga percaya sambutan bahawa  orang ramai yang berhimpun dan keluar sempena sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth dua minggu lalu mungkin menjadi punca  jangkitan kembali meningkat.

Sementara itu, kebimbangan semakin meningkat bahawa Britain mungkin bakal berdepan dua wabak sekali gus menjelang musim sejuk tahun ini iaitu Covid-19 dan influenza  sama seperti yang berlaku di Australia sekarang.

“Jangkitan meningkat di semua empat negeri iaitu Scotland, England, Ireland Utara dan Wales, didorong oleh peningkatan individu yang dijangkiti oleh varian BA.4 dan BA.5 Omicron.

‘Masih awal untuk mengatakan sama ada ini adalah permulaan gelombang baharu tetapi kami akan terus memantau situasi dan data dengan teliti,” ahli statistik kanan ONS, Kara Steel.

Tinjauan ONS adalah satu-satunya program pengawasan rasmi  yang digunakan oleh kerajaan Britain untuk memantau situasi semasa wabak tersebut.

ONS membuat ujian pengesanan ke atas puluhan ribu individu secara rawak setiap minggu. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker