Had umur penunggang p-hailing turun daripada 21 kepada 18 tahun

Had umur penunggang p-hailing turun daripada 21 kepada 18 tahun

Kerajaan akan menurunkan had umur bagi penunggang motosikal yang membawa barangan, termasuk kenderaan p-hailing daripada 21 kepada 18 tahun, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan lebih ramai belia mempunyai pilihan memperoleh pendapatan tambahan melalui perkhidmatan p-hailing dan platform penghantaran barangan lain.

“Pindaan itu akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang.

“Ini membolehkan golongan muda Malaysia memperoleh pendapatan tambahan atau mungkin mempertimbangkan kerjaya dalam ekonomi gig,” katanya ketika dihubungi FMT.

Katanya, pindaan itu sebahagian daripada rang undang-undang dicadangkan Kementerian Pengangkutan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang merangkumi tiga pindaan lain bertujuan memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, antara pindaan lain yang akan dibuat mengikut akta itu ialah mewajibkan pemandu bas persiaran untuk mempunyai lesen vokasional seperti mana pemandu bas lain.

Katanya, selain itu sijil proses pertukaran pemilikan kenderaan motor secara sementara juga akan dijadikan sebahagian daripada undang-undang melibatkan pengedar kenderaan terpakai bagi melindungi hak pengguna.

“Ini juga bagi membolehkan (Used Car Dealer-UCD) memiliki pemilikan kenderaan buat sementara waktu sambil mencari pembeli baharu dan memastikan hak pengguna dilindungi

“Pada masa ini, pertukaran hak milik kenderaan adalah bersifat kekal seperti mana ditetapkan di bawah seksyen 13 Akta 333. Walau bagaimanapun, secara pentadbiran, semenjak 2011, proses pelaksanaan pertukaran hak milik kenderaan motor yang dijual kepada UCD oleh pemilik asalnya telah dilaksanakan secara interim, iaitu tidak bersifat kekal,” katanya.

Selain itu, Wee berkata dengan pindaan terbaharu itu juga membolehkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan peralatan/sistem High Speed-Weigh In Motion (HS-WIM) untuk merekod berat kenderaan lebih cekap dan tepat serta aktiviti penguatkuasaan dilakukan secara automatik tanpa kehadiran pegawai di lokasi menggantikan sistem manual sebelum ini.

“Ini akan memastikan pematuhan yang lebih tinggi terhadap peraturan berkaitan oleh semua pemilik terutamanya kenderaan barangan dan akhirnya akan menjadikan jalan raya lebih selamat,” katanya. FMT

Had umur penunggang p-hailing turun daripada 21 kepada 18 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker