Pekerja jujur minta cuti beri alasan mahu hadiri temu duga pekerjaan baharu

TANGKAP layar menunjukkan permohonan cuti yang dikemukakan oleh seorang pekerja terhadap majikannya. -Twitter

NEW DELHI – Satu hantaran tular di media sosial India apabila seorang pekerja dengan berani memohon cuti kepada majikannya dengan alasan sebenar iaitu mahu menghadiri temu duga pekerjaan baharu, lapor laman berita Wion News semalam.

Tangkap layar permohonan cuti tersebut dimuat naik dalam akaun Twitter @s5sahil.

“Tuan yang dihormati, saya menghantar e-mel ini kepada anda untuk memberitahu bahawa saya perlu cuti hari ini untuk menghadiri temu duga bersama syarikat lain.

“Saya memohon agar anda meluluskan cuti saya,” demikian kenyataan pada surat tersebut.

Sahil merupakan majikan kepada pekerja itu.

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Berkongsi alasan sebenar adalah satu perkara yang mulia,” tulis seorang netizen.

“Seorang pekerja yang sangat jujur,” komen netizen lain. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker