Jangan Main Cabut Aje! Bulu Hidung Walau Nipis Dan Halus Ada Tugas Besar Lindungi Kesihatan Anda
Jangan Main Cabut Aje! Bulu Hidung Walau Nipis Dan Halus Ada Tugas Besar Lindungi Kesihatan Anda
PASTI ada antara kita pernah terfikir apakah fungsi bulu hidung ketika membelek wajah di cermin, bukan? Tangan pula sentiasa berasa ‘gatal’ untuk mencabut bulu yang terkeluar dari hidung.
Mana tidaknya, pasti kita akan diejek oleh rakan-rakan sekiranya bulu hidung terkeluar, memang memalukan!
Cleveland Clinic melaporkan, permukaan dalam hidung memiliki folikel rambut seperti di bahagian kepala dan ia turut mempunyai fungsi penting dan tidak boleh dicabut atau dipotong sesuka hati.
Apakah sebenarnya tugas bulu hidung?
1. Penapis udara semula jadi
Apabila bernafas melalui hidung, bulu di dalamnya akan menghalang dan mengumpul debu, habuk dan partikel lain yang boleh masuk ke dalam paru-paru. Ia juga berfungsi mengelakkan kuman daripada melepasi saluran pernafasan.
Lapisan lendir yang nipis pada bulu hidung membuatkan partikel-partikel asing itu melekat dan akhirnya terkumpul di dinding saluran hidung dan terbentuknya tahi hidung.
Partikel-partikel yang terperangkap ini akan dikeluarkan ketika seseorang bersin atau membersihkan hidung dengan tisu.
2. Bantu penyejatan peluh
Serat yang terdapat di dalam bulu hidung memiliki fungsi tambahan iaitu menambah keluasan permukaan kulit dan membantu proses penyejatan peluh.
Jaringan saraf yang mengelilingi folikel bulu hidung akan membantu menghantar signal kepada tubuh terhadap keadaan sekeliling.
3. Lembabkan udara ketika bernafas
Fungsi lain bulu hidung adalah membantu menghantar udara tambahan yang lembab ketika bernafas. Ketika bernafas melalui hidung, lendir dan bulu hidung akan menukar udara kepada haba dan lembab.
Kelembapan ini sangat penting untuk sistem pernafasan termasuk di bahagian anak tekak dan paru-paru kerana jika sistem pernafasan terlalu kering, seseorang lebih mudah mengalami kegatalan hidung, tekak dan hidung berdarah.
Faktor bulu hidung tumbuh panjang
Sejajar dengan peningkatan usia seseorang, pelbagai perubahan akan berlaku pada tubuh termasuk pertumbuhan bulu hidung kerana semula jadinya ia akan bertambah panjang dan tebal.
Hal ini akan menjejaskan penampilan dan menyebabkan wajah seseorang kelihatan tidak kemas dan jangan bimbang, ia adalah proses biasa yang dikenali sebagai paparan jangka panjang terhadap hormon dalam tubuh manusia.
Ada cara tertentu untuk merapikan bulu hidung anda.
Memandangkan kita tidak digalakkan untuk mencabut bulu hidung, mencantas sedikit bahagian yang terkeluar sudah memadai. Jika ia dibiarkan, bulu hidung akan kelihatan lebih jelas lebih-lebih lagi ketika tersenyum atau bercakap.
Untuk mendapatkan potongan yang kemas, gunakan gunting kecil dengan bahagian hujungnya bulat atau peranti elektronik yang sesuai dengan bentuk hidung.
Perlu diingatkan, bulu hidung akan kembali tumbuh jadi lakukan terapi itu secara berkala jika tidak mahu ia mengganggu penampilan anda.
Sebaik-baiknya jangan mencabut bulu hidung secara paksa kerana boleh menyebabkan pertumbuhan bulu ke bahagian dalam dan terjadinya jangkitan kuman.
Kajian menunjukkan kaedah mencabut bulu hidung yang salah merupakan salah satu faktor utama penyebab jangkitan hidung yang dikenali sebagai nasal vestibulitis.
Jangan Main Cabut Aje! Bulu Hidung Walau Nipis Dan Halus Ada Tugas Besar Lindungi Kesihatan Anda
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex