Salah ke saya bercinta dengan suami orang?

Salah ke saya bercinta dengan suami orang?

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang wanita tampil bertanya soalan adakah salah untuk dirinya bercinta dengan lelaki berstatus suami orang.

“Salah ke saya bercinta dengan suami orang?,” soalnya menerusi satu hantaran di TikTok.



Katanya, pernah terlintas di fikirannya untuk menamatkan hubungan tersebut, tetapi disebabkan hati masih sayang, mereka berdua terus mempertahankan hubungan itu.

Jelasnya, mereka bakal berkahwin pada tahun hadapan dan meminta pendapat orang ramai tentang keputusannya itu.

“Saya tak sanggup tengok wajah isteri dia. Dia pun tak nak lepaskan saya, kami dah nak kahwin tahun depan.

“Saya sedar saya berkawan dengan suami orang. Apa patut saya buat? ‘Korang’ boleh bagi pendapat tak? Saya sayang dia. Apa yang terbaik tolong saya,” pintanya.



Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai termasuklah ada yang menasihatkan dia untuk menggesa lelaki itu memberitahu hal sebenar kepada isterinya sebelum mereka berkahwin.

“Kalau betul-betul nak berpoligami, buat cara betul dan lelaki itu perlu jujur dan sama-sama minta kebenaran daripada isteri pertama dahulu,” pesan Syikin.

Sementara itu, ada juga pengguna yang memberi nasihat agar wanita berkenaan tidak meneruskan hubungan tersebut kerana telah merosakkan rumah tangga orang lain.

“Carilah lelaki bujang lain, atau duda. Janganlah suami orang, fikir hati isteri dia, pasti hancur,” kata Naim.



“Belakang isteri pun boleh curang dik, nanti dia kahwin dengan kami pun curang juga. Sebelum buat sesuatu, fikirlah dulu dik. Takut kifarah berbalik pada awak sahaja,” kata Iman. K Online

Salah ke saya bercinta dengan suami orang?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim



Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker