Dua rakan berbual di tepi jalan maut dirempuh kereta


Dua rakan berbual di tepi jalan maut dirempuh kereta

DUNGUN: Dua rakan yang sedang berbual di tepi jalan maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Kilometer 18.5, Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah, Ketengah Jaya dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang, Kamariduan Mohamed, 41, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd. Rosdi Yaakob, 48, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya akibat kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian, Kamariduan yang merupakan seorang peniaga sayur difahamkan sedang menunggu bekalan sayur daripada penduduk sambil berbual dengan Mohd. Rosdi yang merupakan pekerja di sebuah kedai perkakasan berhampiran.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku selepas kenderaan Proton Saga yang dipandu seorang pegawai pematuhan ladang TDM Plantation berusia 24 tahun dari arah Kemaman ke Paka secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar sebuah kedai kotak.

“Kedua-kedua mangsa yang berada di sebelah kedai tersebut turut dirempuh kenderaan tersebut sebelum diseret kira-kira 20 meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Baharudin berkata, pemandu Proton Saga berasal dari Ladang Pinang Mas, Bukit Besi pula mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-kedua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Utusan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker