UKSB mengaku beri wang kepada Umno Bahagian Rembau
UKSB mengaku beri wang kepada Umno Bahagian Rembau
Seorang bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi, syarikatnya turut memberikan wang kepada Umno Bahagian Rembau, di mana Khairy Jamaluddin adalah timbalan ketua Umno bahagian terbabit.
Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani berkata, sumbangan antara RM50,000 dan RM200,000 diberikan kepada Umno bahagian itu, tetapi tidak diberikan secara terus atau peribadi kepada Khairy yang merupakan menteri belia dan sukan pada masa itu.
Khairy yang masih merupakan timbalan ketua bahagian itu, kini adalah menteri kesihatan.
Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah dihadapi bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi, Wan Quoris berkata, sumbangan itu bukan diberikan secara bulanan dan beliau yang memutuskan pembayaran terbabit.
“Sumbangan turut dibuat ketika pilihan raya kecil, untuk bantuan bencana dan program kemanusiaan kerana beliau adalah pemimpin negara,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin.
Wan Quoris yang juga ahli Umno berkata, wang itu diberikan kepada bahagian terbabit kerana Khairy adalah ketua Pemuda Umno ketika itu.
Dalam prosiding terdahulu, mahkamah diberitahu “KJ” dan “bomoh” antara perkataan yang ditemui dalam buku lejar milik UKSB yang dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan itu.
Bekas pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khun berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Zahid, Ahmad Zaidi Zainal, apabila lejar itu dirujuk kepadanya.
Lejar itu mengandungi butiran pembayaran oleh syarikat itu kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.
Ditanya jika dia boleh mengesahkan parap “KJ” merujuk Khairy, Lee menjawab: “Itu saya tidak pasti.”
Katanya, Wan Quoris “sebenarnya sangat mengenali KJ”. FMT
UKSB mengaku beri wang kepada Umno Bahagian Rembau
Baca Artikel Menarik:
- Fenomena La Nina pengaruhi hujan lebat hingga hujung tahun
- Penumpang OKU Ditinggalkan Dalam Pesawat Selama 90 Minit [VIDEO]
- Penduduk terkejut ikan mahal berharga puluhan ribu ringgit dicuri memerang
- Bon Odori: PAS keliru atau mengelirukan?
- Dr. Fathul Bari bidas PAS, jangan menyibuk!
- 9 lelaki belasah 2 wanita di restoran dicekup
- Remaja 17 tahun campak bayi baru dilahirkan dari tingkat lima apartmen
- PPBM berdepan krisis keyakinan, Pas dalam dilema
- Anwar bidas Tommy Thomas
- Azmin, Mohd Rashid Tidak Lompat Parti, Tinggalkan Bersatu – Rosol
- PAS jangan mimpi bentuk khemah besar – Guan Eng
- Ini La Kereta Ayah – Tinggal Kenangan, Hidayah Sebak Nampak Kereta Arwah Abam Atas Jalan (Video)
- Sabronzo Dolla dikritik buat aksi twerk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.